window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan kerugian RM 27 bilion untuk tahun 2019. Nasib Nissan di Malaysia turut terkesan?

Haris · Jun 30, 2020 11:44 AM

Nissan kerugian RM 27 bilion untuk tahun 2019. Nasib Nissan di Malaysia turut terkesan? 01

Nissan baru sahaja selesai mesyuarat pemegang saham pada Isnin lalu. Buat pertama kalinya selepas 11 tahun, Nissan telah kerugian sebanyak USD 6.3 billion (RM 27 billion) bagi tahun fiskal 2019 yang berakhir pada bulan Mac.

Malahan, CEO Nissan Makoto Uchida merancang untuk memotong separuh dari gajinya untuk menyelamatkan Nissan selepas penutup kilang di Sepanyol dan Indonesia. Sayangnya, cadangan beliau itu dilihat tidak memberi kesan kepada masalah yang paling utama.

Nissan kerugian RM 27 bilion untuk tahun 2019. Nasib Nissan di Malaysia turut terkesan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Makoto Uchida turut menyalahkan wabak pandemik Covid-19 atas sebab kerugian ini. Seorang pemegang saham pula tidak bersetuju dan menyifatkan kerugian ini adalah akibat daripada kelemahan pihak pengurusan selepas pemecatan Carlos Ghosn, bekas pengerusi dan CEO Nissan sebelum ini.

Carlos Ghosn terkenal dengan kebangkitan Nissan GT-R dan Nissan 350Z yang telah ditamatkan pengeluaran. Nissan dilihat kembali ke landasan keuntungan selepas hampir bankrap pada tahun 1999 dengan kehadiran beliau.

Nissan kerugian RM 27 bilion untuk tahun 2019. Nasib Nissan di Malaysia turut terkesan? 01

Makoto Uchida telah mengetengahkan 3 pasaran fokus bagi Nissan. Pasaran selain daripada pasaran yang disebutkan akan diberikan kepada syarikat perikatan yang lain (Renault dan Mitsubishi). Pasaran tersebut adalah Jepun, China dan Amerika Utara (termasuk Mexico). Pasaran Asia Tenggara (baca: Malaysia) dilihat bukan fokus utama Nissan.

Beliau turut menambah bahawa Nissan akan mengurangkan bilangan model yang ditawarkan termasuklah fokus terhadap kereta pandu sendiri dan kereta elektrik. Pemulihan ini dijangka akan berhasil pada tahun 2023.

Nissan kerugian RM 27 bilion untuk tahun 2019. Nasib Nissan di Malaysia turut terkesan? 02

Di Malaysia, prestasi pengedar Nissan iaitu Edaran Tan Chong Motor (ETCM) juga dilihat tidak begitu memberansangkan. Kenanga Research melaporkan tahun 2020 akan menjadi tahun paling mencabar buat ETCM. 

Antara faktor yang menyumbang kepada prestasi suram tersebut adalah promosi diskaun besar-besaran, kadar penggunaan kilang di Danang Vietnam yang rendah dan saingan sengit dari pengeluar tempatan sendiri.

Dengan masa depan Nissan yang semakin suram, bagaimanakah dengan nasib pengguna dan peminat Nissan di Malaysia?

Dipetik dari: JapanToday

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda