window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik?

Faisal · Jan 30, 2021 02:00 PM

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 01

Buat fanatik automotif, sudah pasti mereka teliti dengan setiap perincian yang terdapat pada sesebuah kereta. Antara aspek yang menarik perhatian mereka ialah pedal di kaki. Buat kebanyakan peminat, mereka terlebih dahulu ingin mengetahui sama ada kereta tersebut jenis automatik ataupun manual (pemanduan yang lebih seronok).

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 02

Teknik 'heel & toe' untuk transmisi manual

Walau apapun, anda mungkin perasan bahawa sejak kebelakangan ini, banyak syarikat pengeluar menggunakan susunan pedal minyak yang diletakkan di lantai. Oleh itu, apakah perbezaannya?

Mekanisma

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 01

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 02

Dahulu kala, pedal minyak yang tergantung mempunyai titik fulkrum (engsel) di tengah dimana daya (tekanan kaki) diguna untuk mengangkat beban (menarik kabel minyak).

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 03

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 04

Pedal lantai juga menggunakan prinsip yang sama tetapi titik fulkrum (engsel) dan beban (kabel minyak) ditukar tempat.

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 05

Hari ini, kebanyakan kereta menggunakan kawalan minyak jenis elektronik. Teknologi ini membolehkan tindak balas pedal minyak yang pelbagai mengikut mod pemanduan – ekonomi/efisien, normal, dan sport.

Ketepatan kawalan input

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 06

Imej: Gillsensors

Kebanyakan pemandu lebih gemar akan pedal lantai kerana ia memberi kawalan input yang lebih tepat mengikut kehendak. Disebabkan ini juga, pemandu dapat elak daripada mengenakan input secara mengejut berbanding posisi pedal gantung. Secara tidak langsung, ia membantu pengguna untuk menjimatkan minyak.

Keselesaan

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 07

Imej: team-BHP

Ramai turut berpendapat bahawa pedal lantai lebih selesa untuk dipandu kerana tapak kaki dan pedal berada di posisi yang cukup ergonomik. Malah untuk pemanduan jarak jauh, ia terasa seperti merehat tapak kaki ke pedal itu sendiri. Maka itu, perjalanan terasa lebih selesa dan santai.

Kos pembuatan

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 08

Jika anda perasan, pedal lantai selalunya digunakan pada kereta yang lebih mahal. Antaranya seperti BMW dan Mercedes-Benz. Sesetengah jenama yang lebih menumpukan aspek pemanduan seperti Mazda turut menggunakan pedal lantai. Dari segi kos, pedal lantai sebenarnya lebih mahal untuk dihasilkan kerana ia menggunakan mekanisma yang lebih kompleks.

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 09

Sesetengah jenama seperti Volkswagen pula sebenarnya berpatah semula ke pedal gantung untuk mengurangkan kos pembuatan.

Konklusi

Pedal gantung vs pedal lantai: Apa bezanya? – mana lebih baik? 10

Perincian pada Lexus LFA yang menggunakan pedal lantai untuk kawalan minyak dan brek

Dari segi rupa, pedal lantai sememangnya nampak lebih cun dan mahal. Malah ia memberikan kawalan minyak yang lebih semula jadi. Walau apapun, teknologi yang semakin maju telah membenarkan kedua-dua jenis pedal ini ditala dengan begitu tepat untuk posisi memandu yang lebih ideal. Akhir kata, pilihan berada di hati anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda