window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu Proton Wira cuba lari 'roadblock' PKP ternaik 'divider', nyaris langgar anggota polis!

Zamil Syaheer ยท Feb 15, 2021 10:07 AM

Pemandu Proton Wira cuba lari 'roadblock' PKP ternaik 'divider', nyaris langgar anggota polis! 01

Imej dari Info Roadblock.

Seorang lelaki bertindak agresif dengan merempuh sekatan jalanraya (SJR) di Jalan Besar Desa Amanpuri, Desa Jaya pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 pagi ketika anggota polis menahan sebuah Proton Wira hitam yang dinaiki oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Pemandu Proton Wira cuba lari 'roadblock' PKP ternaik 'divider', nyaris langgar anggota polis! 02

Imej dari Info Roadblock.

Sebaik saja anggota polis berjalan kearah Proton Wira tersebut, pemandu lelaki itu terus memecut kea rah khemah SJR dan hampir merempuh seorang anggota polis.

Anggota polis yang berada di situ nekad mengejar pemandu itu, sebelum dia memberhentikan keretanya secara tiba-tiba dan berundur dengan laju melanggar batu pembahagi jalan berhampiran dengan khemah SJR.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akibat pelanggaran itu, Proton Wira tersebut tidak boleh bergerak dan lelaki itu berjaya ditangkap.

Pemandu Proton Wira cuba lari 'roadblock' PKP ternaik 'divider', nyaris langgar anggota polis! 01

Imej dari Info Roadblock.

"Semakan rekod mendapati lelaki itu mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan satu rekod jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Keputusan ujian saringan ujian air kencing juga mendapati dia positif methamphetamine," katanya.

"Suspek disyaki melarikan diri dari SJR kerana menagih dadah dan tidak mempunyai kebenaran rentas daerah atau negeri,"

Pemandu Proton Wira cuba lari 'roadblock' PKP ternaik 'divider', nyaris langgar anggota polis! 02

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe (tengah) memeriksa kenderaan di SJR. Imej oleh Bernama.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Pindaan 2021.

Suspek juga telah dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang dan reman telah dibenarkan selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Sumber berita: Bernama

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda