window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PM: Proton turut tambah diskaun alat ganti untuk mangsa banjir – naik 50% dari 20%

Mersita · Dec 30, 2021 11:00 AM

PM: Proton turut tambah diskaun alat ganti untuk mangsa banjir – naik 50% dari 20% 01

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan bahawa Proton juga bersetuju untuk memberikan diskaun 50 peratus keatas alat ganti bagi kebanyakan model kereta terjejas banjir, selain daripada tawaran caj tunda dan cuci kereta percuma di pusat servis Proton yang berdaftar.

Ismail Sabri mengumumkan persetujuan dari Proton ini dalam satu kenyataan semalam, lapor Berita Harian.

PM: Proton turut tambah diskaun alat ganti untuk mangsa banjir – naik 50% dari 20% 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdahulu, syarikat kereta nasional kedua iaitu Perodua pertama sekali menyatakan komitmen mereka untuk menawarkan diskaun alat ganti separuh harga ini. Proton kini dilihat mengikut jejak langkah Perodua dalam memperluaskan lagi bantuan untuk mangsa banjir susulan bencana yang melanda beberapa buah negeri di sekitar Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

Baca juga: Banjir: Perodua naikkan diskaun alat ganti kepada 50%, khidmat tunda dan buruh percuma - PM

Menurut maklumat yang kami terima pada 22 Disember, terdahulu Proton menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi alat ganti tertentu dan caj buruh kepada semua pelanggan yang terjejas oleh banjir dan telah melakukan laporan polis tentang kejadian itu.

PM: Proton turut tambah diskaun alat ganti untuk mangsa banjir – naik 50% dari 20% 01

Lain-lain bantuan yang ditawarkan ketika itu ialah caj tunda sebanyak RM200 dan caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin sebanyak RM100 akan dibayar oleh syarikat.

Baca juga: Proton tawar diskaun untuk pelanggan mangsa banjir - RM 300 untuk bantuan caj tunda, pembersihan kereta

Ismail Sabri turut menambah, hampir semua syarikat kereta lain bersetuju untuk memberi khidmat tunda kereta secara percuma kepada mangsa banjir. Mereka juga difahamkan menawarkan diskaun 25 peratus atau lebih bagi bayaran alat ganti dan upah pembaikan di pusat-pusat servis berdaftar masing-masing.

PM: Proton turut tambah diskaun alat ganti untuk mangsa banjir – naik 50% dari 20% 02

"Beberapa syarikat turut menawarkan bayaran secara ansuran sehingga tempoh satu tahun.

“Baucar sebanyak RM 1,000 untuk digunakan bagi tujuan pembaikan atau pembelian bagi menggantikan kenderaan peribadi yang rosak turut diberi," katanya lagi kepada akhbar itu.

Berita berkait dan bantuan mangsa banjir dari syarikat-syarikat lain:

Tuntutan banjir cecah RM 3 billion, syarikat insurans kini bersedia hadapi tuntutan sebanyak itu!

Nak buat laporan kenderaan ditunda, dicuri & rosak akibat banjir? Polis beri panduan

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam?

Mangsa banjir: Penggantian percuma untuk LKM, LMM, sijil pemilikan kenderaan sementara

Bantuan banjir: Bank Rakyat tawar moratorium pinjaman 6 bulan, permohonan sudah dibuka

HLYM umum perincian 'Yamaha Cares: Misi Bantuan Banjir', servis percuma kepada mangsa banjir!

Modenas sedia 'Kempen Servis Prihatin', tawar bantuan kepada mangsa terjejas banjir!

BSH umum Program Bantuan Banjir Honda, diskaun alat ganti, tiada upah percuma!

Bantuan banjir: Honda tawar diskaun 25%, pelanggan HiP dapat elaun sehingga RM1.5k

Pemilik kenderaan Nissan terjejas banjir dapat tunda percuma, diskaun 20%

Mitsubishi Motors Malaysia umum program bantuan banjir, maklumat lanjut di sini!

UMW Toyota tawar diskaun 25% untuk baiki kenderaan pemilik yang tersekat dalam banjir

Volkswagen Malaysia bantu pemilik kereta VW yang terkesan banjir

Tenggelam banjir? BMW Malaysia tawar diskaun 20% & rebat RM 300 untuk baiki kereta pemilik

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda