window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polis sita Yamaha YSuku 'auto show', salah tetap salah!

Khairil ยท Mar 9, 2021 02:00 PM

Polis sita Yamaha YSuku 'auto show', salah tetap salah! 01

Sekalipun ia dimodifikasi untuk tujuan pertunjukan, namun jika ditunggang di jalan raya, ia tetap tertakluk kepada undang-undang. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki di mana motosikal Yamaha Y15ZR atau YSuku 'auto show' miliknya disita pihak polis atas kesalahan ubai suai tidak mengikut spesifikasi.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dalam Operasi Khas Bunyi Bising oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, semalam.

Polis sita Yamaha YSuku 'auto show', salah tetap salah! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu mendakwa motosikal berkenaan dibina untuk tujuan pameran dan hanya disimpan di dalam rumah saja sebelum ini.

Begitupun, disebabkan tiada lagi kenderaan lain yang boleh digunakan untuk menjalankan urusannya, dia terpaksa menunggang motosikal yang sudah dimodifikasi dengan kos lebih RM 15,000 itu di jalan raya.

Polis sita Yamaha YSuku 'auto show', salah tetap salah! 01

"Saya buat sendiri (ubah suai) sebab kalau hantar bengkel mungkin kosnya lebih tinggi. Lagipun saya sudah biasa buat ubah suai.

"Sebelum ini saya simpan motosikal itu di rumah untuk pertandingan saja. Tapi semalam saya terpaksa bawa yang ini kerana sebuah lagi motosikal digunakan bapa," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media Operasi Khas berkenaan.

Lelaki itu antara 79 penunggang motosikal yang disaman JSPT Kuala Lumpur atas kesalahan mengubah suai ekzos, semalam.

Polis sita Yamaha YSuku 'auto show', salah tetap salah! 02

Sejak operasi yang dilakukan sejak 1 Mac sehingga semalam, Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, sebanyak 2,495 kenderaan diperiksa dan 1,400 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 79 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas kesalahan mengubahsuai ekzos, sementara 40 saman dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan 90 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan sama.

Polis sita Yamaha YSuku 'auto show', salah tetap salah! 03

"Sejumlah 84 kenderaan disita untuk pemeriksaan lanjut. Kenderaan akan diserah semula selepas tindakan menggantikan ekzos dilakukan.

"Semua penunggang yang ditahan dan disaman dalam operasi itu berusia antara 18 hingga 35 tahun. Mereka dikesan melakukan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran dan ekzos bunyi bising melebihi paras bunyi ditetapkan," katanya.

Polis sita Yamaha YSuku 'auto show', salah tetap salah! 04

Beliau berkata, tindakan saman bagi ubahsuai ekzos dilakukan mengikut Kaedah 103 dan 109 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959). Selain itu, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 60 dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda