window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Projek ‘Protiga’ diteruskan. Perodua mahu kerjasama?

Haris · Jul 3, 2020 09:49 AM

Projek ‘Protiga’ diteruskan. Perodua mahu kerjasama? 01

Projek kereta ketika negara dilihat mendapat lampu hijau oleh kerajaan Perikatan Nasional. Menteri Kanan Hal Ehwal Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan dalam kenyataan beliau bahawa projek tersebut bakal diteruskan walaupun bertukar kerajaan.

"Ini demi perkembangan sektor automotif negara. Saya juga mengesyorkan kepada pihak pengurusan (DreamEDGE) untuk memberi taklimat mengenai projek ini.” ujar beliau lagi.

Projek ‘Protiga’ diteruskan. Perodua mahu kerjasama? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada Ogos 2019, kerajaan Pakatan Harapan telah mengumumkan projek kereta nasional ketiga bakal dilancarkan. Dikendalikan oleh DreamEDGE Sdn Bhd, prototaip model kereta mereka bakal dipertontonkan pada bulan Mac 2020 namun tergendala akibat Covid-19.

Daihatsu turut mengumumkan kerjasama dari mereka dari segi pembangunan tren kuasa dan platform.

Projek ‘Protiga’ diteruskan. Perodua mahu kerjasama? 01

Paling terbaru, Perodua telah dilaporkan turut berminat untuk menyertai projek kereta nasional ketiga ini.

"Perodua telah memberikan kertas cadangan kepada kerajaan untuk menjadi vendor menggunakan sistem Perodua. Langkah ini pasti bermanfaat untuk projek ini," ujar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Projek ‘Protiga’ diteruskan. Perodua mahu kerjasama? 02

Beliau turut berpendapat, Perodua mempunyai keupayaan untuk menjadi pengeluar kontrak untuk projek itu.

DreamEdge adalah sebuah syarikat perkhidmatan kejuruteraan yang berpengalaman dalam pelbagai industri seperti automotif, kereta api, elektronik, tenaga dan pertahanan.

Dengan pemulihan ekonomi pasca Covid-19, adakah anda rasa projek kereta nasional ketiga sepatutnya diteruskan?

Sumber: The Star

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda