window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton S50 (Geely Emgrand) lebih berat daripada City dan Vios, Malaysia mungkin debut 1.5 Turbo

Mersita · Jul 26, 2022 05:30 PM

Proton S50 (Geely Emgrand) lebih berat daripada City dan Vios, Malaysia mungkin debut 1.5 Turbo 01

Kredit foto: Azrul Hisyam
  • Proton S50 untuk Malaysia mungkin akan diberi enjin turbo
  • Enjin NA 1.5 liter kurang sesuai untuk lebuh raya Malaysia
  • S50 mampu bawa saingan sengit pada City dan Vios?

Keunggulan sedan kembali hangat, memandangkan kini gambar intipan sedan baharu dari Proton mula timbul di media sosial. Ramai percaya yang ia barangkali diberi nama Proton S50 – X50 versi sedan – dan ia bakal menjadi taruhan terbaru dari Proton dalam pasaran sedan segmen B.

Proton S50 ini dikatakan model yang dibangunkan berdasarkan Geely Emgrand serba baharu generasi keempat.

Proton S50 (Geely Emgrand) lebih berat daripada City dan Vios, Malaysia mungkin debut 1.5 Turbo 02

Malaysia mungkin tak dapat enjin NA 1.5 liter seperti Emgrand. Kredit foto: Autohome

Dalam pasaran diduduki Emgrand masa ini seperti China dan Filipina, sedan ini dikuasakan oleh enjin ‘naturally-aspirated’ (NA) 1.5 liter 4 silinder. Di China, enjin ini mampu menjana 114 PS dan 147 Nm. Namun di Filipina, kuasa enjinnya lebih rendah iaitu 102 PS dan 142 Nm. Pemacuan disalur ke roda hadapan menerusi CVT.

Juga baca: Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton S50 (Geely Emgrand) lebih berat daripada City dan Vios, Malaysia mungkin debut 1.5 Turbo 01

Kemasan kabin biru-putih ini nampak hebat, tapi ada kemungkinan gaya ini tak sampai di Malaysia

Apabila ia tiba di Malaysia kelak, kami jangkakan Proton S50 mungkin tidak diberi enjin NA ini, sebaliknya diberi enjin berpengecas turbo. Enjin turbo 3 silinder di dalam Proton X50 (150 PS, 226 Nm) barangkali akan jadi pilihan.

Proton S50 (Geely Emgrand) lebih berat daripada City dan Vios, Malaysia mungkin debut 1.5 Turbo 02

Dua varian utama bagi enjin 1.5 liter ini akan main peranan besar dalam barisan tawaran Proton

Terdapat beberapa kemungkinan yang menyokong spekulasi enjin turbo untuk menggerakkan Proton S50 nanti. Salah satu faktor utamanya adalah enjin NA 1.5 liter takkan cukup berkuasa untuk menampung berat kasar sedan ini, iaitu 1.2 tan.

Juga baca: Proton bakal menggunakan Geely Emgrand sebagai model CKD baru - ganti Persona atau Preve?

Proton S50 (Geely Emgrand) lebih berat daripada City dan Vios, Malaysia mungkin debut 1.5 Turbo 03

Jika diberi juga enjin NA 1.5, nisbah kuasa dan berat Proton S50 akan menjadi satu kekurangan besar jika dibandingkan dengan pesaingnya seperti Toyota Vios dan Honda City – apatah lagi sedan-sedan lebih besar yang lain. Dengan berat badan 1,250 kg dan output enjin 102 PS, ini bermaksud nisbah kuasa dan beratnya hanyalah 82 PS/tan.

Nisbah kuasa:berat
Model PS/tan
Geely Emgrand 82
Toyota Vios 93
Honda City 106
Proton Persona 90

Sebagai perbandingan, jumlah ini jauh lebih rendah berbanding pesaing seperti City (106 PS/tan) dan Vios (93 PS/tan). Nisbah 82 PS/tan ini juga akan memposisikan Emgrand di belakang Proton Persona (90 PS/tan) iaitu model yang bakal digantikan olehnya.

Juga baca: Pusat pemasangan enjin Proton baharu kini hanya buat nadi 1.5 TGDi milik X50 & X70, pelbagai varian menanti!

Proton S50 (Geely Emgrand) lebih berat daripada City dan Vios, Malaysia mungkin debut 1.5 Turbo 04

Dari segi ukuran pula, Geely Emgrand lebih panjang dan lebih lebar berbanding Proton Persona walaupun jarak rodanya serupa dengan Proton Preve yang kini sudah digugurkan.

Ukuran
Model Emgrand Persona Preve
Panjang (mm) 4,638 4,362 4,543
Lebar (mm) 1,820 1,722 1,786
Tinggi (mm) 1,460 1,554 1,524
Jarak Roda (mm) 2,650 2,555 2,650

Disamping itu, kami rasa tak guna kita pertikaikan samada Proton S50 nanti akan tergolong dalam segmen B atau C. Sama seperti Perodua Ativa, Proton S50 adalah model generasi baharu bepakejkan nilai-tambah yang boleh berada di antara segmen-segmen tradisional.

Proton S50 (Geely Emgrand) lebih berat daripada City dan Vios, Malaysia mungkin debut 1.5 Turbo 05

Jika Proton S50 dijual pada harga yang sesuai, mampukah ia menarik perhatian pelanggan dari bilik pameran Vios dan City?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton S70 Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda