window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Sembilu, Wira ciptaan EON dengan enjin 4G63 turbo dan AWD dari Lancer Evo!

Zamil Syaheer Β· Jan 19, 2021 07:00 PM

Proton Sembilu, Wira ciptaan EON dengan enjin 4G63 turbo dan AWD dari Lancer Evo! 01

Pada tahun 1994, Proton mengembangkan sayap kejayaannya sebagai pengeluar kereta paling laris di Malaysia dengan pelancaran Proton Wira pada tahun sebelumnya.

Proton Sembilu, Wira ciptaan EON dengan enjin 4G63 turbo dan AWD dari Lancer Evo! 02

Seperti mana anda sedia maklum, model kereta Proton menggunakan asas daripada jenama Mitsubishi. Jadi secara tak langsung timbul persoalan tentang ada atau pun tidak perancangan untuk model berprestasi tinggi. Tambahan pula, Proton pun aktif dengan sukan rali ketika itu dengan Petronas EON Racing Team.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Jadi apakah jawapannya: semestinya. Kalau anda nak tahu, model Wira berprestasi tinggi yang pertama bukanlah Wira 1.8 EXi LE (C99S).

Proton Sembilu, Wira ciptaan EON dengan enjin 4G63 turbo dan AWD dari Lancer Evo! 01

Tun Dr Mahathir dengan Proton Sembilu. Masa itu Tun ingat nama Sembilu itu diambil dari filem Sembilu hasil karya Dato' Yusof Haslam. Imej dari Faizal Adaries.

Tetapi inilah dia – Proton Sembilu hasil ciptaan Edaran Otomobil Nasional (EON). Membuat debut perdananya di ibu pejabat EON Shah Alam 27 tahun lepas, memang anda boleh lihat betapa luarbiasa Wira ini.

EON memberikan Sembilu ini lebih gaya dengan bumper depan yang sporty dengan gril yang direka semula, skirt sisi, sayap belakang, dan warna merah terang.

Proton Sembilu, Wira ciptaan EON dengan enjin 4G63 turbo dan AWD dari Lancer Evo! 02

Credit

EON mendakwa kit badan ini bukan untuk pertunjukkan semata-mata kerana ia membantu dari segi aerodinamik dan prestasi. Ambil contoh bampar depan; lubang di bahagian tengah digunakan untuk menyejukkan enjin, manakala lubang di sisi pula untuk menyejukkan brek.

Proton Sembilu, Wira ciptaan EON dengan enjin 4G63 turbo dan AWD dari Lancer Evo! 03

Tetapi ciri yang paling spesel untuk Sembilu ini bukan terletak pada bahagian luarannya, tetapi trenkuasa. Senang cerita, pada dasarnya ia adalah Mitsubishi Lancer Evolution dengan lambang Proton. Betul tuan-tuan dan puan-puan, ini bukan Wiralution, tetapi betul punya Lancer Evolution.

Proton Sembilu menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder bercas turbo 4G63T termasuklah sistem pacuan semua roda (AWD). Ia adalah Proton PERT rali versi jalanan ala Toyota GR Yaris!

Proton Sembilu, Wira ciptaan EON dengan enjin 4G63 turbo dan AWD dari Lancer Evo! 04

Abaikan dua bunga didepan ini - dekat belakang itu adalah Proton Sembilu! Imej dari Wayne Phang.

Menurut keratan akhbar pada masa itu, pihak EON berkata  "bahagian-bahagian yang diubahsuai akan dipasarkan kepada orang ramai apabila proses pengubahsuaian sepenuhnya selesai dalam tempoh kira-kira setahun lagi".

Antara pengubahsuaian yang dirancang untuk dilakukan dalam fasa seterusnya melibatkan "bahagian enjin, sistem suspensi dan gear untuk tujuan perlumbaan".

Perlumbaan yang dimaksudkan adalah Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dibawah pasukan Petronas EON Racing Team (PERT) yang merangkul pelbagai kejuaraan di bawah pemandu utamanya, lagenda rali Karamjit Singh.

Proton Sembilu, Wira ciptaan EON dengan enjin 4G63 turbo dan AWD dari Lancer Evo! 05

Sayangnya, model Sembilu ini tidak dapat dipasarkan akibat mendapat tentangan dari pihak JPJ. Dari tentangan ini, Proton menggunakan badan asal Mitsubishi Lancer Evolution dan menukar lambang ke Proton untuk memenuhi kriteria homologasi Kejuaraan Rali Dunia pada masa itu.

Proton Sembilu, Wira ciptaan EON dengan enjin 4G63 turbo dan AWD dari Lancer Evo! 06

Tetapi R&D kereta ini tidak dihentikan sebegitu sahaja, kerana ianya melahirkan bintang terbesar dalam sejarah Proton Wira iaitu model 1.8 EXI LE (C99S), atau lebih dikenali sebagai “tiang gol”.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda