window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70?

Faisal · Jul 1, 2021 06:00 PM

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 01

Baru-baru ini, Great Wall Motors Thailand (GWM Thailand), iaitu ibu kepada syarikat Haval telah menganjurkan sesi pandu media buat Haval H6 Hybrid 2021. SUV hibrid ini berpotensi besar untuk masuk pasaran Malaysia suatu hari nanti.

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 02

Memandangkan rakan kami di Autofun sendiri berpeluang untuk menguji dan menilainya dengan lebih dekat, kami akan kongsikan sedikit sebanyak mengenai pandangan pertama mereka terhadap SUV yang cukup dinantikan ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimana dengan pemanduannya?

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 01

Untuk pasaran Thailand, Haval H6 ditawarkan eksklusif dengan trenkuasa petrol-elektrik hibrid. Sistem ini menghasilkan 243 PS dan 530 Nm tork. Jumlah tork yang begini bukan setakat mengalahkan pesaing SUV segmen C yang lain, bahkan beberapa trak pikap juga boleh terciduk dibuatnya.

Juga bacaHaval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu!

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 02

Dengan hembusan tenaga sebanyak ini, Haval H6 Hybrid mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.3 saat sahaja. Malah, memotong kenderaan lain tidak terasa membebankan langsung. Apa yang lebih hebat ialah pada aspek penjimatan minyak yang mana Haval H6 Hybrid berupaya mencatatkan penggunaan serendah 5.2 liter/100 km.

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 03

Dari segi brek, pemberhentian bagi kelajuan rendah dan sederhana tidak menimbulkan sebarang isu langsung. Cumanya untuk kelajuan tinggi, ia memerlukan lebih tenaga daripada apa yang dijangka.

Bercakap mengenai brek, Haval H6 Hybrid dilengkapkan dengan ciri e-Pedal yang mana ia membantu untuk menghentikan kenderaan tanpa input pedal. Kiranya, e-Pedal diibarat seperti brek regeneration. Setiap kali pedal minyak dilepaskan, motor elektrik akan bertukar kepada mod generator. Secara tidak langsung, ia memberikan kesan yang sama seperti menekan brek.

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 04

Beralih ke aspek kesenyapan kabin, Autofun mendapati bahawa mutu kedap bunyi bagi Haval H6 Hybrid hanyalah sederhana. Malah, terdapat bunyi angin dari bahagian cermin depan.

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 05

Pada masa yang sama, sterengnya agak ringan berbanding pesaing seperti Honda CR-V ataupun Mazda CX-5. Jadi, ia memberikan pengalaman pemanduan yang begitu mudah dan santai. Cumanya stereng yang begitu ringan tidak akan memberikan keyakinan pemanduan seperti yang terdapat pada pesaing dari Jepun.

Haval H6 selesa tak?

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 06

Untuk pasaran Thailand, suspensi pada Haval H6 Hybrid menerima talaan yang lebih empuk. Walaupun tetapan begini memberikan keselesaan yang mutlak, Autofun juga perasan bahawa ia cenderung untuk melantun-lantun sekiranya dipandu pada jalan yang tidak elok.

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 07

Pendek kata, Honda CR-V dan Mazda CX-5 memberikan pengalaman pemanduan yang lebih rancak. Tetapi untuk mereka yang gemar merantau, Haval H6 tidak mengecewakan sama sekali.

Haval H6 Hybrid ada pelbagai ciri moden

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 08

Apa yang betul-betul membezakan Haval H6 dengan pesaing lain ialah rangkaian sistem ADAS yang didatangkan. Antara ciri unik yang ada ialah Integrated Auto Parking (IAP), Auto Reversing Assistance (ARA), dan juga Wisdom Dodge System (WDS). Menurut Haval, teknologi ini berupaya memberikan jarak tepi yang selamat setiap kali dipandu bersebelahan dengan kenderaan besar seperti lori dan bas.

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 09

Antara ciri yang diuji oleh Autofun sendiri ialah Auto Reversing Assistance (ARA). Sistem parkir automatik pada Haval H6 ini meletak agak rapat dengan kenderaan sebelah. Apapun, ia tidak pernah gagal.

Bagaimana pula dengan bahagian interior?

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 10

Haval H6 spec Thailand dispesifikasikan dengan warna krim cerah dan trim berwarna emas ros (rose gold). Unit yang dikesan di Malaysia tempoh hari pula mengenakan tema warna hitam dengan trim perak.

Juga bacaSpyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V!

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 11

Menurut Autofun, interior Haval H6 tidak mempunyai pelbagai butang fizikal kerana hampir kesemua fungsi kabin sudah dimasukkan dalam sistem infotainment 12 inci.

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 12

Sama seperti bantuan suara “Hi Proton” yang ada pada Proton X70, Haval H6 juga ada versinya yang tersendiri iaitu “Hi Haval”.

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 13

Berbanding arahan suara Proton, sistem yang digunakan pada Haval H6 sebenarnya lebih canggih. Autofun telah cuba memberi arahan suara dalam bahasa Thailand untuk membuka bumbung suria sewaktu mereka memandu pada kelajuan 110 km/j. Menariknya, Haval H6 tahu bahawa agak merbahayakan sekiranya bumbung suria dibuka sepenuhnya pada kelajuan tersebut. Jadi, sistem membalas dengan bercakap bahawa bumbung suria hanya boleh dibuka separuh sahaja.

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 14

Antara ciri lain yang memudahkan pengguna ialah sistem navigasi yang mudah untuk difahami, bilangan port USB yang banyak, dan pengecas tanpa wayar.

Jadi, Haval H6 Hybrid OK atau KO?

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 15

Walaupun SUV yang begitu mengagumkan ini ditawarkan pada harga yang cukup menarik, perkhidmatan selepas jualannya masih menjadi tanya tanya, khususnya bilangan pusat servis. Walau bagaimanapun, Haval sendiri telah mengesahkan bahawa negara tersebut akan ada 30 pusat servis rasmi. Untuk negara sebesar Thailand, hanya masa yang dapat menentukan samada ia cukup ataupun sebaliknya.

Juga bacaHaval H6 2021 memulakan perang harga di Thailand - memintas CR-V, ganggu pelan eksport X70!

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 16

Sama seperti Proton X70 di Malaysia, konsep yang dibawa oleh Haval H6 juga adalah sama yang mana ia mengetengahkan aspek keselesaan dan kecanggihan teknologi. Dengan tawaran spesifikasi dan harga yang begitu menarik, tidak hairanlah Haval H6 Hybrid berjaya mengutip lebih dari 2,000 tempahan di Thailand.

Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70? 17

Rebiu yang lebih terperinci akan menyusul setelah ia dilancarkan secara rasmi. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda