SAH: Inilah Mitsubishi Xpander facelift 2022 – lagi elegan tetapi tetap garang!
Faisal · Nov 5, 2021 03:00 PM
0
0
Sebelum ini, kami pernah melaporkan satu intaian berkenaan Mitsubishi Xpander facelift 2022 yang dilihat sedang membuat rakaman iklan di Indonesia. Kini, Mitsubishi sendiri telah mendedahkan gambar rasminya.
Dari apa yang dapat dilihat, ia tampil sama seperti spyshot sebelum ini yang mana wajah hadapannya memperagakan reka bentuk lampu yang berbentuk huruf ‘T’.
Mengenai lampu DRL LED, ia nampaknya kekal pada bahagian atas. Kalau anda perasan, roda yang ditonjolkan juga sama seperti dalam spyshot yang mana ia tampil dengan reka bentuk berlian yang berdwi-tona.
Buat masa ini, Mitsubishi Xpander di Malaysia berharga RM 92,263 (tanpa SST, sah sehingga 30 Jun 2022). Ia dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 1.5L MIVEC yang menghasilkan 105 PS dan 141 Nm tork. Hembusan tenaga ini dihantar ke roda hadapan melalui transmisi automatik 4 kelajuan.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.