window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun!

Haris · Apr 5, 2023 03:00 PM

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun! 01

Imej lakaran oleh Best Car Web

Walaupun pasaran MPV mewah kini kebanyakannya dikuasai oleh kembar Toyota Alphard/Vellfire, duo Toyota ini pada suatu ketika dahulu tidak bersendirian kerana terdapat satu lagi pesaing terkenal daripada satu lagi jenama yang pernah dominan iaitu... Nissan Elgrand.

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun! 02

MPV mewah yang sering diabaikan/dilupakan kepada pesaing Toyota yang terlalu popular, Nissan Elgrand dalam generasi sekarang telah dijual selama 13 tahun. Sebagai perbandingan, Alphard generasi ketiga AH30 yang ada pada hari ini diperkenalkan 8 tahun lalu dan generasi baharu dijangka akan dilancarkan tahun ini.

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun! 03

Imej lakaran oleh Best Car Web

Dalam pada itu, Toyota Alphard generasi baharu juga dijangka akan diperkenalkan seawal pertengahan tahun ini. Portal Best Car Web telah berspekulasi bahawa Nissan juga mahu sebahagian daripada pasaran tersebut dengan memperkenalkan Nissan Elgrand serba baharu pada suku keempat 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun! 01

Sungguhpun begitu, kesemua ini masih lagi spekulasi tetapi Elgrand masih meneruskan rekaan semasa selama 13 tahun dengan beberapa model facelift pada tahun 2014 dan 2020. Namun, jualan Elgrand merosot berbanding Alphard kerana ia tidak pernah termasuk dalam 50 kereta terlaris di Jepun sejak 4 tahun lalu.

Hal ini berbeza dengan Alphrad di mana pada tahun 2022, Alphard menduduki tempat kesepuluh kereta terlaris di negara matahari terbit itu.

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun! 02

Nissan Elgrand merupakan salah satu MPV mewah Jepun pertama yang dijual dan semasa kemuncaknya, MPV mewah "OG" ini menjual purata 10,000 unit sebulan. Bagaimanapun, susulan daripada pengenalan Toyota Alphard, jualannya telah merosot secara mendadak.

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun! 03

Bagi memberikan daya saing yang sangat diperlukan kepada Elgrand, Best Car Web turut berspekulasi bahawa ia akan dikuasakan oleh enjin hibrid-petrol 1.5 liter turbocaj yang juga memacu Nissan X-Trail generasi keempat terkini.

Berdasarkan Nissan X-Trail spesifikasi Jepun, unit 3-silinder KR15DDT itu menggabungkan teknologi mampatan berubah-ubah dengan pengecas turbo. Enjin sahaja cukup menghamburkan 144 PS dan 250 Nm dengan stimulasi daripada 2 motor elektrik untuk lebih kuasa bergantung kepada jenis pacuan roda.

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun! 04

Sebagai enjin hibrid, varian 2WD didatangkan dengan motor elektrik pada gandar hadapan yang menghamburkan 204 PS/330 Nm manakala varian 4WD mempunyai motor elektrik tambahan pada gandar belakang yang menjadikan 136 PS/195 Nm.

Perlu diingat bahawa sistem kuasa hibrid e-Power Nissan adalah hibrid siri dan berfungsi secara berbeza daripada kenderaan hibrid petrol konvensional (hibrid selari) kerana enjin berfungsi sebagai penjana untuk mengecas semula pek bateri.

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun! 05

e-4ORCE 4WD

Kembali kepada spesifikasi Elgrand serba baharu berdasarkan spekulasi, portal penerbitan automotif Jepun itu menjangkakan bahawa ia boleh dibangunkan di atas platform CMF-CD serta menggunakan sistem 4WD e-4ORCE, kesemuanya spesifikasi yang sama seperti X-Trail.

Baca: Enjin 3-silinder 1.5L Turbo pada Nissan X-Trail T33 dinobatkan enjin terbaik tahun 2022!

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun! 06

Imej lakaran oleh Best Car Web

Dari segi rekaan, Best Car Web menyediakan beberapa imej lakaran dengan mengambil inspirasi reka bentuk baharu Nissan melalui Nissan Serena serba baharu dan Nissan Sakura EV. Berdasarkan imej lakaran, penampilan yang lebih elegan pada Elgrand tampak lebih menarik berbanding Toyota Alphard generasi baharu.

Baca: Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman!

Spekulasi: Saingan Alphard yang dilupakan, Nissan Elgrand bakal mendapat generasi baharu selepas 13 tahun! 07

Nissan Serena C28 baharu

Susun atur tempat duduk mungkin dibawa dari Elgrand semasa yang menawarkan sama ada 8- atau 7-kerusi. Sebagai MPV mercu, Elgrand serba baharu berkemungkinan besar akan dilengkapi dengan ADAS ProPilot 2.0 yang ditawarkan pada spesifikasi tertinggi Nissan Serena varian Luxion.

ProPilot 2.0 terkini dipertingkatkan dengan Collision Avoidance Steering Assist, ProPilot Parking, dan ProPilot Remote Parking di samping ciri keselamatan biasa yang ditawarkan dalam suite ADAS.

Adakah semua penambahbaikan dan wajah baru ini akan memastikan Elgrand relevan dan membawanya kembali ke zaman kegemilangan atau adakah ia sudah terlambat?

Baca: Nissan Elgrand Mobile Work Suite – Apa barang Vellfire, VIP sepatutnya perlukan ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda