window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Separuh jualan disapu, tempahan Nissan Serena e-Power 2023 di Jepun cecah 20k unit dalam 2 bulan!

Faisal · Apr 14, 2023 06:00 PM

Separuh jualan disapu, tempahan Nissan Serena e-Power 2023 di Jepun cecah 20k unit dalam 2 bulan! 01

November tahun lepas, Nissan Serena 2023 serba baharu generasi C28 dirasmikan di Jepun. Pada awalnya, ia datang dengan enjin 2.0L NA MR20DD (150 PS, 200 Nm). Februari lalu pula, tempahan untuk varian 1.4L e-Power (HR14DDe, 163 PS/315 Nm) dibuka.

Baru-baru ini, Nissan mendedahkan bahawa Serena e-Power itu telah menerima lebih 20,000 tempahan dalam masa 2 bulan. Kalau anda nak tahu, penyerahan akan bermula pada 20 April ini.

Juga bacaNissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Separuh jualan disapu, tempahan Nissan Serena e-Power 2023 di Jepun cecah 20k unit dalam 2 bulan! 01

Menariknya, Nissan juga menambah bahawa varian e-Power menyumbang lebih separuh daripada jualan keseluruhan Serena di Jepun.

Warna paling laku ialah Prism White, diikuti dengan Diamond Black. Warna dwi-tona Prism White/Super Black juga mendapat permintaan baik.

Separuh jualan disapu, tempahan Nissan Serena e-Power 2023 di Jepun cecah 20k unit dalam 2 bulan! 02

Secara amnya, jumlah jualan Nissan Serena telah mencecah 2 juta unit, sekaligus menjadikannya sebagai antara minivan Jepun paling berjaya dalam kelas tersebut.

Separuh jualan disapu, tempahan Nissan Serena e-Power 2023 di Jepun cecah 20k unit dalam 2 bulan! 03

Dari segi teknikal, Nissan Serena e-Power C28 menggunakan enjin 1.4L HR14DDe, menggantikan e-Power Serena generasi C27 yang hanya datang dengan unit 1.2L HR12DE.

Separuh jualan disapu, tempahan Nissan Serena e-Power 2023 di Jepun cecah 20k unit dalam 2 bulan! 04

Sama seperti sebelum ini, e-Power adalah hibrid siri dan ini bermakna enjin 1.4L NA (98 PS, 123 Nm) tidak memandu roda langsung. Sebaliknya, ia bertugas sebagai penjana untuk mengecas bateri ion-litium yang menguasai motor EM57 (163 PS, 315 Nm). Motor inilah yang memandu roda hadapannya.

Susunan ini membolehkan enjin untuk berputas secara malar dan pada kelajuan yang optimum supaya penggunaan petrol menjadi rendah.

Juga bacaPengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Separuh jualan disapu, tempahan Nissan Serena e-Power 2023 di Jepun cecah 20k unit dalam 2 bulan! 05

Nissan sendiri mendakwa bahawa Serena e-Power C28 hanya menggunakan petrol serendah 4.9 – 5.4 liter / 100 km (kitaran WLTC yang lebih baru dan lebih ketat).

Di Jepun, harga Nissan Serena e-Power C28 bermula dari 3.499 juta – 4.79 juga Yen (~RM 116k – RM 159k). MPV kotak segmen C ini bersaing dengan Toyota Noah/Voxy dan Honda StepWgn.

Separuh jualan disapu, tempahan Nissan Serena e-Power 2023 di Jepun cecah 20k unit dalam 2 bulan! 06

Berkenaan Serena di Malaysia, generasi C27 iaitu Nissan Serena S-Hybrid masih dijual dan ia ditawarkan pada harga RM 149,888 - RM 162,888 (CKD dari kilang Tang Chong di Serendah).

Juga bacaNissan Serena 2023 C28 serba baru dikesan sedang diuji di Malaysia, pelancaran tahun ini?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda