window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift 2021 diintip, anggaran harga sekitar RM 200k?

Haris Β· Oct 11, 2021 02:30 PM

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift 2021 diintip, anggaran harga sekitar RM 200k? 01

Model Hyundai Kona Electric telah menjengah ke Malaysia, apabila dibawa untuk tujuan latihan Hyundai Malaysia. Model tersebut telah dikemaskini dengan facelift pada tahun 2020 dan kini telah diintip di atas jalan raya Malaysia.

Berdasarkan pengguna Facebook, Adi Azri Ari, dia menemui 2 buah Hyundai Kona facelift 2020 ini sedang mengisi angin tayar di stesen minyak di Ara Damansara, Subang Jaya. Tempat tersebut dilihat berdekatan dengan ibu pejabat Hyundai Sime Darby Motors Sdn Bhd..

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift 2021 diintip, anggaran harga sekitar RM 200k? 01

Lebih menarik lagi, Hyundai Kona Electric yang diintip langsung tidak mengenakan samaran, seolah-olah sengaja mengumumkan kehadirannya yang bakal mengujakan peminat kenderaan elektrik.

Hyundai Kona Electric facelift akan menjadi model kereta elektrik (EV) pertama yang ditawarkan oleh Hyundai Sime Darby Motors, selepas menawarkan model hibrid dengan Hyundai Ioniq.

Baca: Hyundai Ioniq digugurkan dari laman web Hyundai Malaysia?

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift 2021 diintip, anggaran harga sekitar RM 200k? 02

Hyundai Kona Electric ditawarkan dalam 2 tahap output. Pertama, varian 135 PS / 395 Nm, disertakan dengan bateri 39.2 kWh, memberi jarak penggunaan sehingga 305 km.

Varian kedua, menawarkan 204 PS dan 395 Nm, dikuasakan oleh pek bateri 64 kWh. Varian ini menawarkan jarak penggunaan sejauh 484 km. Mengikut model terdahulu, varian kedua ini berkemungkinan besar adalah varian yang akan ditawarkan.

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift 2021 diintip, anggaran harga sekitar RM 200k? 03

Menurut Hyundai, sekitar 54 minit diperlukan untuk mengecas Hyundai Kona Electric dari 0 hingga 80 peratus menggunakan pengecas pantas DC 100 kW. Port pengecas Hyundai Kona Electric juga kelihatan sedikit menonjol dengan potongan di bahagian bumper hadapan.

Baca: TNB dah sedia untuk EV, tetapi konsumer belum - hanya penggunaan 20% untuk pengecas EV

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift 2021 diintip, anggaran harga sekitar RM 200k? 04

Sekiranya pengecas DC tidak tersedia, Hyundai Kona Electric juga boleh dicas menggunakan pengecas AC. Namun, kepantasan pengecaj berbeza dengan pengecas AC memerlukan masa sekitar 10 jam untuk cas sepenuhnya.

Sebelum ini, model Hyundai Kona Electric pra-facelift yang satu-satunya ada di Malaysia telah disenaraikan untuk jualan kenderaan terpakai pada harga RM 180k. Adakah ini satu petanda aras harga yang sesuai untuk Hyundai Kona Electric facelift ini? Jika ya, ia mungkin akan berharga sekitar RM 200k dengan model asas di bawah harga tersebut.

Spyshot: Hyundai Kona Electric facelift 2021 diintip, anggaran harga sekitar RM 200k? 05

Menurut beberapa sumber, Hyundai Kona Electric facelift 2021 dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada suku ke-4 tahun 2021. Kini dengan pembukaan sempadan negeri untuk tujuan rentas negeri, adakah kita akan menyaksikan model elektrik ini menyusur di jalan raya kelak? 

Baca: Satu-satunya Hyundai Kona EV di Malaysia kini untuk dijual, harga RM 180k!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Kona Electric e-Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda