window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa?

Mersita · Mar 6, 2021 02:00 PM

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 01

Baru-baru ini, kami ada 'complain' tentang betapa tak selesanya kereta-kereta serba baru masa kini. Namun, tak adillah kiranya jika kami letakkan kesalahan ini pada satu komponen kereta sahaja, dimana dalam artikel terdahulu ia disebabkan oleh saiz tayar.

‘Ride and handling’ atau keselesaan pemanduan dan pengendalian kereta sebahagian besarnya bergantung kepada dua benda, iaitu saiz tayar dan juga penalaan suspensi.

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 02

Kredit gambar: F Tuned Racing Suspension

Soalan kami kali ini ialah: Adakah pembuat-pembuat kereta sudah kehilangan seni penalaan suspensi atau ‘suspension tuning’?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika difikirkan, bila kali terakhir anda duduk di dalam kereta serba baru dan merasakan pemanduan/perjalanan anda benar-benar selesa? Apa yang berubah sedang kita semakin maju ke hadapan? Kenapa kebanyakan pembuat kereta dah tak dapat tala dengan begitu ‘cun’ sekali?

Orang dah tak suka suspension lembut ke?

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 01

Mercedes W124 E-Class, paling ‘smooth’ sekali

Jenama seperti Mercedes dahulunya pernah menjadi kereta paling selesa untuk dipandu. Malangnya, ini hanyalah kisah lama. Rakan penulis kami pernah memandu Mercedes-Benz A250 AMG Sport generasi W176 milik rakannya dan kualiti perjalanan kereta itu sangat kasar. Akhirnya pemilik kereta itu sendiri menukar penyerap hentakan standardnya kepada tetapan yang lebih lentur.

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 02

BMW E46 3-Series

BMW juga dahulu pernah mencapai keseimbangan cukup sempurna antara kualiti pemanduan dan pengendalian pada barisan kereta 3-Seriesnya yang ikonik. Dari generasi E30 sehinggalah E46, 3-Series mencapai keseimbangan yang menggabungkan kelembutan bagi jalan raya tidak rata dengan kawalan badan kereta yang membuatkan plat nama ini sangat dikagumi.

Namun, Generasi E90 yang seterusnya terjejas dengan pemanduan yang terlalu kasar. Perkara yang sama dialami oleh generasi G20 sekarang (kecuali M340i).

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 03

Pemanduannya cukup keras, sangat tak selesa

Perlu diingatkan yang semua contoh-contoh di atas adalah untuk kereta biasa, bukan model-model berprestasi tinggi. Persoalannya di sini ialah, kenapa kualiti pemanduannya sangat teruk? Adakah pemanduan yang lembut dan kenyal sesuatu yang tak perlu dicapai oleh pembuat kereta masa kini?

Terlalu bergantung kepada teknologi?

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 04

Perkara ini agak kontroversi untuk dinyatakan, tapi barangkali jurutera-jurutera kereta sudah terlalu bergantung kepada teknologi untuk membantu mereka dalam penetapan suspensi. Ia terasa seperti jurutera zaman sekarang hanya sediakan kadar skor 0 hingga 10, kemudian yang tinggal hanya tekan skor yang dimahukan bagi setiap ‘mode’ di dalam penyerap hentakan adaptif – contohnya ‘Comfort’ (0), Normal (5), dan Sport/Race (10) – dah, siap.

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 05

Anda tak suka tetapan suspensi kereta anda? Anda terpaksa terima saja, ataupun anda boleh laras/’adjust’ mod pemanduan satu-satu untuk dapatkan tahap paling memuaskan. Kalau tak dapat capai, terima sajalah. Ingat, teknologi seperti penyerap hentakan adaptif sepatutnya melebarkan skop keselesaan pemanduan. Tapi, hakikatnya ia tak mampu capai tahap sepatutnya.

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 06

Walaupun dengan penyerap hentakan adaptif, kualiti keselesaan pemanduan Renault Megane RS lebih teruk daripada generasi sebelumnya yang berbekalkan penyerap hentakan pasif. Pengalaman kami dengan Audi TTS terkini juga membuatkan kami sakit pinggang. Walaupun sudah ditetapkan pada tetapan paling lembut, pemanduannya kekal tidak selesa.

Ya, kami sedar kereta ini kereta berprestasi tinggi/’performance’, tapi apa faedahnya guna suspensi adaptif jika pemanduan tetap tak selesa walaupun dalam mod Comfort?

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 07

Mungkin tidak adil untuk kita rumuskan yang jurutera-jurutera suspensi generasi sekarang dilatih untuk membuat penalaan suspensi secara ‘digital’ dengan sebahagian besarnya hanya kira-kira, simulasi, dan perisian komputer untuk hasilkan tetapan suspensi kereta. Diakui yang semua ini penting, namun kaedah ini harus dipadankan dengan satu pendekatan yang semakin lama semakin pupus, iaitu ‘rasa/deria’ atau ‘feel’.

'Genchi Genbutsu', rasa sendiri.

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 08

Hiromu Naruse, pakar 'Genchi Genbutsu'

Bukan maksud kami yang teknologi patut diketepikan, namun ia harus digandingkan dengan elemen ‘deria rasa’ atau ‘feel’ dalam penalaan suspensi. Hiromu Naruse, lagenda Master Test Driver bagi Toyota dan Bapa Lexus LFA, amat dikenali dengan pendekatan beliau dalam seni penalaan suspensi.

Beliau sering menasihati juruteranya supaya jangan duduk di pejabat sepanjang masa dan mereka patut turun ke fasiliti ujian untuk ‘merasa’ kereta-kereta dibawah seliaan mereka. Beliau menggelarnya ‘Genchi Genbutsu’ yang bermaksud ‘pergi dan lihat/rasa sendiri’.

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 09

Sistem G Vectoring Control Mazda yang pintar dan diperhalusi

Ada buktinya. Pembuat kereta yang menggunapakai kaedah lebih ‘analog’ bagi penalaan suspensi nampak gayanya berjaya menghasilkan tetapan lebih bagus dari segi keselesaan sambil menjaga tahap pengendalian yang bagus.

Mazda telah dianggap sebagai ‘BMW baru’ sejak kebelakangan ini kerana kereta-keretanya mempunyai pemanduan dan pengendalian yang amat mengagumkan. Sistem G-Vectoring Control Mazda adalah contoh terbaik bagi penggabungan kaedah digital dan analog.

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 10

Model-model Toyota dan Lexus terkini juga berjaya menjadi contoh terbaik bagi pemanduan yang lembut serta pengendalian yang cemerlang. Ini adalah hasil daripada penggunaan ‘kaedah analog’ dipanggil Master Test Driver yang menentukan ‘perasa’ tersendiri bagi kedua-dua jenama ini. Master Test Driver ini tak lain tak bukan Akio Toyoda, pengikut Naruse. Dah cukup jelas yang ‘deria rasa’ dalam penalaan suspensi tidak boleh dipandang remeh.

Kesimpulan

Talaan suspension kereta makin lama makin teruk? Pembuat kereta buat apa? 11

Apa yang kami ingin tekankan ialah penalaan suspensi sepatutnya diberi lebih perhatian dengan ujian yang tak mengenal erti penat lelah. Kombinasi antara teknologi tinggi dengan kaedah analog sepatutnya membuatkan kereta-kereta baru lebih selesa dan memuaskan.

Apa pendapat anda? Jom kongsikan komen anda di Facebook WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda