window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Hyundai Creta 2023 dibuka untuk Malaysia - pesaing baharu buat Honda HR-V

Faisal Β· Apr 14, 2023 10:47 AM

Tempahan Hyundai Creta 2023 dibuka untuk Malaysia - pesaing baharu buat Honda HR-V 01

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) sebentar tadi baru sahaja membuka tempahan buat Hyundai Creta iaitu sebuah SUV segmen B yang akan bersaing dengan calon seperti Proton X50 dan Honda HR-V.

Tempahan Hyundai Creta 2023 dibuka untuk Malaysia - pesaing baharu buat Honda HR-V 02

Model di pasaran Thailand.

Pilihan trenkuasa bergantung kepada negara pasaran Creta. Bagi kita di rantau Asia Tenggara, Creta diberi enjin petrol 1.5 liter NA 4 silinder (115 PS, 144 Nm) dipadankan dengan transmisi automatik CVT yang digelar Hyundai sebagai IVT.

Antara ciri yang sudah disahkan oleh HSDM termasuklah wajah Parametric Jewel yang lengkap dengan lampu LED projektor.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Masuk ke bahagian dalam, pengguna disajikan dengan kluster digital 12.3 inci, infotainment 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto nirwayar dan 4 mod memandu.

Tempahan Hyundai Creta 2023 dibuka untuk Malaysia - pesaing baharu buat Honda HR-V 01

Model di pasaran Thailand.

Dari segi keselamatan, Hyundai Creta di Malaysia lengkap dengan 6 beg udara beserta ADAS SmartSense yang merangkumi ciri:

  • Forward and Blind Spot Collision-Avoidance Assist
  • Lane Keeping Assist
  • Lane Following Assist
  • Leading Vehicle Departure Alert
  • Rear Cross Traffic Collision-Avoidance Assist
  • Safe Exit Warning
  • High Beam Assist

Tempahan Hyundai Creta 2023 dibuka untuk Malaysia - pesaing baharu buat Honda HR-V 02

Creta di pasaran Malaysia berkemungkinan diimport (CBU) dari kilang Hyundai di Cikarang, Indonesia. Kilang yang sama juga kini mengekspot Creta ke Thailand.

Butiran lanjut mengenai SUV segmen B yang baru ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Anda yang berminat bolehlah membuat tempahan di sini.

Juga bacaJaga-jaga, HR-V! Hyundai Creta diacah lagi untuk Malaysia, pelancaran tak lama lagi

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Hyundai Creta 1.5 PLUS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda