window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jaga-jaga, HR-V! Hyundai Creta diacah lagi untuk Malaysia, pelancaran tak lama lagi

Mersita · Apr 7, 2023 03:30 PM

Jaga-jaga, HR-V! Hyundai Creta diacah lagi untuk Malaysia, pelancaran tak lama lagi 01

Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) baru saja mengeluarkan satu lagi acah untuk Hyundai Creta – kira-kira 3 bulan selepas acah pertamanya ditayangkan pada Januari lalu.

Walaupun hantaran Facebook oleh HSDM tidak menyatakan sebarang nama model, gambar yang ditunjukkan memberi klu berharga kerana ia dengan jelasnya menunjukkan lampu brek Creta.

Jaga-jaga, HR-V! Hyundai Creta diacah lagi untuk Malaysia, pelancaran tak lama lagi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berkongsi platform dengan Kia Seltos, Hyundai Creta juga tergolong dalam SUV segmen B. Ia menyasarkan saingan secara langsung kepada Honda HR-V dan Proton X50.

Juga baca: SAH: Hyundai Creta akan dilancar di Malaysia pada 2023, bakal bersaing dengan Honda HR-V!

Jaga-jaga, HR-V! Hyundai Creta diacah lagi untuk Malaysia, pelancaran tak lama lagi 01

Hyundai Creta spesifikasi Thai ditunjukkan

Opsyen trenkuasa bergantung kepada negara pasaran Creta. Bagi kita di rantau ASEAN, Creta diberi enjin petrol 1.5 liter ‘naturally aspirated’ 4 silinder (115 PS, 144 Nm) dipadankan dengan transmisi automatik CVT yang digelar Hyundai sebagai IVT.

Juga baca: Hyundai Creta dilancarkan di Thailand - RM 119k, saing-saing harga Honda HR-V Hybrid 2022, amacam?

Jaga-jaga, HR-V! Hyundai Creta diacah lagi untuk Malaysia, pelancaran tak lama lagi 02

Creta di pasaran Malaysia besar kemungkinanannya diimport (CBU) dari kilang Hyundai di Cikarang, Indonesia. Kilang yang sama juga kini mengekspot Creta ke Thailand.

Selain daripada Creta, HSDM juga sedang merancang untuk mendebut beberapa model baharu lain pada tahun ini, termasuklah Santa Fe facelift dan Ioniq 6.

Juga baca: Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Hyundai Creta 1.5 PLUS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda