window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga?

Haris · Jul 4, 2021 11:59 AM

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 01

Toyota Caldina adalah contoh afdal model yang sangat popular tetapi tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi. Dikhabarkan bahawa Malaysia adalah pasaran kedua selepas Jepun yang mempunyai jumlah Toyota Caldina paling banyak di dunia namun dakwaan ini masih memerlukan pengesahan.

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk sebuah pasaran yang niche, Toyota Caldina masih boleh dikira sebagai sebuah model yang berjaya. 2 generasi awal Toyota Caldina hanya suam-suam kuku sahaja tetapi kenyataan ini mungkin akan dibidas oleh penganut JDM.

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 01

Tidak dilupakan juga, Toyota Caldina ini turut menjadi model buruan geng MLM. Disebabkan ia tidak didatangkan secara rasmi maka mudahlah usahawan-usahawan ini menyuntik jarum yahudi melayu ke dalam pemikiran anak muda culas.

Selain reputasi MLM, Toyota Caldina sebenarnya masih sebuah JDM yang bagus. Di sini kita menelusuri perkembangan Toyota Caldina, sport wagon unik dalam kelasnya!

Generasi Toyota Caldina

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 02

Toyota Caldina ST195

Generasi pertama Toyota Caldina hadir sebagai model wagon 5 pintu pada tahun 1992. Ia dibangunkan berdasarkan model sedan Toyota Corona dan rekaan wagon lama ini mungkin kurang menarik perhatian ramai pihak.

Namun bagi mereka yang arif, Toyota Caldina ST195 varian paling tinggi untuk generasi pertama menampilkan enjin 2.0L 3S-GE, enjin yang sama memacu model JDM idaman ramai seperti Toyota Celica, MR2 dan Altezza.

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 03

Toyota Caldina GT-T dengan pelbagai jajan

Generasi kedua pula dilancarkan pada tahun 1997. Ketika ini, model teratas Toyota Caldina dipacu oleh enjin yang lebih hebat - enjin 2.0L Turbo 3S-GTE dan pacuan 4 roda yang mula menjentik minat peminat-peminat kereta JDM. Varian pilihan untuk generasi ini? Tentunya Toyota Caldina GT-T.

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 04

Toyota Caldina generasi ketiga

Pada tahun 2002, Toyota Caldina hadir dengan generasi ketiga, model creme de la creme. Model ini mula diberi perhatian serius dan merupakan model yang banyak didapati di Malaysia, walaupun tidak melalui saluran rasmi Toyota Malaysia.

Ia dipasarkan sebagai sports wagon sejati berbanding 2 generasi sebelum ini yang sekadar station wagon biasa bernadikan enjin kereta sport.

Era sport wagon

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 05

Model Toyota Caldina generasi ketiga dipasarkan sebagai alternatif kepada mereka yang memerlukan wagon tetapi masih mahukan pengalaman pemanduan sedan yang sporty. Antara sebab ia hanya terkenal selepas 3 generasi adalah berikut.

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 06

Sisipan brosur Toyota Caldina generasi ketiga

Pertama, ia disematkan lencana GT-Four dan berkongsi enjin 3S-GTE, sekitar 260 PS kuasa kuda yang turut digunakan pada Toyota Celica GT4 - juara rali WRD dan lagenda JDM.

Kedua, model Toyota Caldina GT-Four N Edition (N untuk Naruse) dikeluarkan sebagai penghormatan kepada Hiromu Naruse, bapa pembangunan Gazoo Racing, cabang prestasi dan sukan permotoran Toyota.

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 07

Ditambah dengan fakta bahawa Toyota Caldina adalah sebuah model sport wagon, aspek lain seperti enjin, lambang GT-Four dan model N Edition telah meningkatkan lagi tarikan model ini lalu menjadikannya popular dalam kalangan peminat JDM.

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 08

Foto oleh Lucian Streets

Model-model bukan turbo dibawa masuk, dijual dan dipasangkan dengan aksesori GT-Four atau salin enjin bagi mereka yang mengidamkan prestasi tinggi dengan praktikaliti wagon. Satu ramuan terbaik untuk peminat JDM yang sudah berkeluarga tetapi terpaksa pilih 1 kenderaan sahaja.

Mengapa ia tidak lagi dijual?

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 09

Pengeluaran Toyota Caldina agak singkat kerana ia dikeluarkan sekitar tahun 2002 - 2007 (5 tahun sahaja) dan dihentikan pengeluaran tanpa sebarang pengganti generasi baru. Ini telah menaikkan permintaan Toyota Caldina generasi terakhir apabila ia tidak lagi dijual.

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 10

Susun atur kabin dalaman biasa

Selain itu, posisi Toyota Caldina sebagai sebuah sport wagon pada zaman millenium sebenarnya agak membimbangkan. Menjelang tahun 2010, kehadiran SUV telah menggantikan populariti wagon. Wagon tidak menawarkan ruang yang sama seperti SUV, ia lebih kepada sedan dengan sedikit ruang tambahan. Dalam kes Toyota Caldina, ia juga boleh dikira sebagai sebuah hatchback yang sangat besar. 

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 11

Akhir sekali, realiti sebenar adalah walaupun Toyota Caldina bernadikan enjin sport, ia masih dibelenggu dengan transmisi lapuk automatik 4-kelajuan (4AT). Transmisi ini memang dipercayai, tahan lama tetapi potensi enjin sedikit terbantut. Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah dengan transmisi ini, apa salahnya?

Kesimpulan

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 12

Posisi segmen yang unik dan taktik pemasaran yang berkesan membantu untuk meningkatkan lagi populariti Toyota Caldina. Mengaitkan Toyota Caldina dengan model kereta sport juga merupakan salah satu strategi pemasaran bijak. Ia masih boleh ditemui dalam pasaran Malaysia, tanah air kedua bagi sport wagon ini.

Toyota Caldina, model JDM yang tak perlu korban perasaan keluarga? 13

Cool. Foto oleh Adamo Boccitto

Jika anda berminat dengan model ini, jangan khuatir dengan kebolehpercayaan sebuah Toyota. Sedikit pesanan, enjin turbo kurang tahan berbanding enjin NA biasa dan memerlukan penyelenggaraan yang lebih cermat. Oleh itu, pastikan tujuan anda yang paling utama sebelum membeli Toyota Caldina secara terpakai.

Bacaan Lanjut:

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar?

Barang Rare: Mitsubishi Lancer Evolution Wagon. Minat Evo dan wagon? Ini jawapan anda!

Apa jadi dengan Honda Stream dan Toyota Wish yang dulu pernah popular di Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda