window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Swace merupakan kembar Corolla Wagon yang cukup cun!

Faisal · Sep 22, 2020 05:31 PM

Suzuki Swace merupakan kembar Corolla Wagon yang cukup cun! 01

Suzuki sekali lagi merasmikan model yang dihasilkan oleh perkongsian antara jenama. Kali ini, mereka melancarkan Suzuki Swace. Nama “Swace” dipercayai bermaksud ruang (space). Mengikut tradisi Suzuki yang lebih cenderung kepada nama yang cukup ikonik seperti “Swift”, mereka menggabungkan kedua-dua falsafah ini dan menjadikannya sebagai “Swace”.

Suzuki Swace merupakan kembar Corolla Wagon yang cukup cun! 02

Secara dasar, ia merupakan sebuah Toyota Corolla Touring Sports wagon dengan lambang Suzuki. Namun begitu, ia hanya didatangkan khas untuk pasaran Eropah. Pada bahagian hadapan, Suzuki Swace mempunyai reka bentuk gril yang lebih sopan dengan logo Suzuki di bahagian atas. Gril ini juga mempunyai reka bentuk yang lebih terbuka berbanding gril pada Corolla Touring Sports.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Swace merupakan kembar Corolla Wagon yang cukup cun! 01

Jika dipandang terus dari hadapan, ia kelihatan seperti watak utama dalam siri drama Pokemon.

Suzuki Swace merupakan kembar Corolla Wagon yang cukup cun! 02

Selain daripada itu, ia kelihatan mirip Corolla Touring Sports. Direka berasasaskan Corolla Touring Sports versi sedan, ia turut memiliki imej wagon yang cukup bergaya dan sporty.

Suzuki Swace merupakan kembar Corolla Wagon yang cukup cun! 03

Suzuki Swace didatangkan dengan tujuh pilihan warna termasuk dua jenis tona untuk warna putih.

Suzuki Swace merupakan kembar Corolla Wagon yang cukup cun! 04

Pada bahagian dalam, ia kelihatan serupa dengan Corolla Touring Sports dimana keluasan, keselesaan, dan ciri praktikal menjadi keutamaan sewaktu kabin ini mula dibina. Ciri Kelengkapan juga mirip Corolla Touring Sports dimana ia didatangkan dengan pengecas Qi tanpa wayar, Apple CarPlay dan Android Auto, pencahayaan persekitaran serta sistem penyaman udara S-Flow dengan pengesan penumpang.

Suzuki Swace merupakan kembar Corolla Wagon yang cukup cun! 05

Dari segi tren kuasa, Suzuki Swace didatangkan dengan enjin hibrid 1.8 liter seperti yang terdapat pada Corolla Touring Sports dan Corolla Cross Hybrid dimana ia menghasilkan 140 PS. Enjin ini turut dipandankan dengan transmisi CVT.

Suzuki Swace merupakan kembar Corolla Wagon yang cukup cun! 06

Jualan di Eropah dijangka bermula pada akhir tahun ini. Untuk maklumat anda, Suzuki Swace merupakan model kedua yang berasaskan model TNGA selepas Suzuki Across dirasmikan dimana ia berasaskan Toyota RAV4.

Secara keseluruhan, Swace merupakan model keempat yang dikeluarkan berdasarkan perkongsian Suzuki-Toyota.

Suzuki Swace merupakan kembar Corolla Wagon yang cukup cun! 07

Dua model lagi ialah Toyota Glanza yang berasaskan Suzuki Baleno dan Toyota Urban Cruizer yang berasaskan Suzuki Vitara Brezza.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda