window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Wanita pandu Perodua Aruz sambil pangku anak, seorang lagi siap juntai badan ke luar tingkap

Faisal Β· Jun 9, 2022 04:00 PM

Video: Wanita pandu Perodua Aruz sambil pangku anak, seorang lagi siap juntai badan ke luar tingkap 01

Tangkap layar.

Menjaga anak bukannya senang. Bukan setakat kena bagi makan minum dan tempat tinggal, malah nak kawal perangai dan nak didik pun dah cukup mencabar.

Baru-baru ini, tertular satu klip TikTok milik @mamalinwaklanwood yang mana beliau sempat merakam satu tingkah laku yang agak merisaukan di lebuh raya yang dilalui ketika itu.

Apa yang diperlihatkan adalah sebuah Perodua Aruz yang mana penumpang belakangnya iaitu kanak-kanak lelaki mengeluarkan hampir separuh daripada badannya. Si perakam yang berasa pelik terus cuba melepasi kereta itu untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.

Yang terkejutnya sewaktu memotong, bukan setakat itu sahaja yang beliau nampak. Malah, si ibu yang memandu kereta itu juga didapati memangku anaknya di atas riba. Bayangkan betapa bahayanya perbuatan wanita itu. Nak ambil selekoh atau mengelak pun akan jadi sukar kerana separuh daripada jiwa sedang menjaga anak. Itu belum lagi kalau anaknya bertindak nakal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Video: Wanita pandu Perodua Aruz sambil pangku anak, seorang lagi siap juntai badan ke luar tingkap 01

Apapun, tindakan ibu yang leka akan perihal keselamatan di jalan raya seperti ini mendapat kritikan yang hebat dari warga netizen.

Antaranya berbunyi, “Apa juga situasi seorang ibu, penat ke, stress ke, keselamatan anak-anak patut diutamakan terlebih dahulu”.

Satu lagi komen yang menarik perhatian ramai adalah, “Tidak ada inisiatif untuk mengutamakan keselamatan. Bahaya dan ancaman luar boleh menimpa. Kecuaian dan kelalaian ibu bapa akan membawa padah kepada anak”.

Video: Wanita pandu Perodua Aruz sambil pangku anak, seorang lagi siap juntai badan ke luar tingkap 02

Jadi, sama-samalah kita jaga keselamatan di luar sana. Ibu ini pasti tahu betapa bahayanya yang dibuat.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Aruz 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda