window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Aruz baharu mungkin pakai asas trio Ativa/Rocky/Raize yang dipanjangkan untuk 7 penumpang

Faisal · May 24, 2023 01:00 PM

Perodua Aruz baharu mungkin pakai asas trio Ativa/Rocky/Raize yang dipanjangkan untuk 7 penumpang 01

Perodua Aruz baharu nanti nampaknya akan diasaskan oleh Toyota Raize / Daihatsu Rocky (Perodua Ativa kita) versi yang diregangkan.

Perodua Aruz baharu mungkin pakai asas trio Ativa/Rocky/Raize yang dipanjangkan untuk 7 penumpang 02

Menurut satu sumber dari Spyder7, Daihatsu kini sedang membangunkan kereta 7 tempat duduk yang diambil dari Rocky untuk dijadikan Perodua Aruz baru. Kata laporan itu juga, ia akan dikenal sebagai “Raize Space” dan nama ini sebenarnya sudah dipatenkan sejak tahun 2022 lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Aruz baharu mungkin pakai asas trio Ativa/Rocky/Raize yang dipanjangkan untuk 7 penumpang 01

Daihatsu Rocky.

Bagi anda yang belum tahu, trio Rocky / Raize / Ativa adalah crossover 5 tempat duduk yang diasaskan oleh platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture).

Perodua Aruz baharu mungkin pakai asas trio Ativa/Rocky/Raize yang dipanjangkan untuk 7 penumpang 02

Toyota Raize.

Perkara ini secara tidak langsung dapat memberi petunjuk bahawa Raize Space akan turut menggunakan asas DNGA tetapi dimensinya akan dinaikkan kepada 4,295 mm panjang. Sebagai konteks, panjang Aruz sekarang adalah pada 4,435 mm. Lebar Raize Space pula dijangka pada 1,700 mm (Aruz sekarang pada 1,695 mm). Tingginya pula pada 1,680 mm (1,740 mm untuk Aruz).

Perodua Aruz baharu mungkin pakai asas trio Ativa/Rocky/Raize yang dipanjangkan untuk 7 penumpang 03

Dari segi bentuk pula, Raize Space nanti mungkin mengambil inspirasi dari model Toyota terkini seperti lampu bergrafik huruf L yang diterapkan pada Prius generasi baru.

Perodua Aruz baharu mungkin pakai asas trio Ativa/Rocky/Raize yang dipanjangkan untuk 7 penumpang 04

Perodua Ativa.

Satu perkara yang pasti adalah ia akan kekal dengan tingkap penumpang untuk baris ke-3.

Perodua Aruz baharu mungkin pakai asas trio Ativa/Rocky/Raize yang dipanjangkan untuk 7 penumpang 05

Perodua Ativa Hybrid di pasaran Malaysia.

Berkenaan enjin pula, ia mungkin berkongsi nadi hibrid 1.2L yang berteknologi “e-SMART HYBRID” dan seperti yang anda sudah tahu, trenkuasa ini kalau di Malaysia hanya ada pada Ativa Hybrid iaitu model yang hanya untuk langganan.

Buat masa sekarang, Spyder7 tidak memaklumkan sama ada ia akan hanya menggunakan enjin hibrid atau ada versi petrol konvensional juga. Apapun, Aruz baharu untuk pasaran kita nanti mungkin datang dengan enjin petrol biasa untuk mengurangkan kos.

Perodua Aruz baharu mungkin pakai asas trio Ativa/Rocky/Raize yang dipanjangkan untuk 7 penumpang 06

Bercakap mengenai petrol, Raize Space varian hibrid nanti dijangka mencapai penggunaan sejauh 26 km/L walaupun dengan badan yang lebih berat.

Secara amnya, pengganti Perodua Aruz ini dijangka muncul sekitar tahun 2024.

Juga bacaPerodua Aruz 2021 dikemaskini - warna merah Passion Red dan ‘side step’, harga kekal dari RM 68k!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Aruz 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda