![Volvo buat ujian kemalangan menegak dari ketinggian 30 meter, ini sebabnya! 01]()
Ini bukan ujian kemalangan kereta yang biasa anda lihat. Kalau anda nak tahu bagaimana ujian kemalangan biasa dibuat dan bagaimana ia dinilai, anda boleh baca artikel kami tentang kereta-kereta paling selamat berdasarkan penilaian ASEAN NCAP.
Ujian kemalangan yang kami nak ceritakan kali ini unik sedikit. Volvo, dalam ujian yang mereka jalankan baru-baru ini, mencuba kemalangan secara menegak pula. 10 buah kereta Volvo digantung pada kren dan dijatuhkan secara menegak dari ketinggian 30 meter untuk latihan keselamatan!
![Volvo buat ujian kemalangan menegak dari ketinggian 30 meter, ini sebabnya! 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Kenapa mereka laksanakan ujian kemalangan dengan cara ini? Ia adalah untuk mempersiapkan pasukan penyelamat dan kecemasan untuk mengendalikan kes-kes kemalangan teruk seperti kemalangan dengan kelajuan tinggi dimana impaknya selalunya sangat menggerunkan.
![Volvo buat ujian kemalangan menegak dari ketinggian 30 meter, ini sebabnya! 01]()
Dalam situasi sebegini, mangsa di dalam kereta tersebut akan terperangkap dan besar kemungkinan berada dalam kondisi kritikal. Keutamaannya bagi pasukan penyelamat ialah untuk mengeluarkan mangsa dari dalam kereta dan menghantar mereka ke hospital secepat mungkin.
Pakar-pakar penyelamat selalunya menggelar masa ini “the golden hour” – iaitu proses mengeluarkan dan menghantar mangsa ke hospital dalam masa sejam setelah kemalangan berlaku.
Selalunya, latihan sebegini dibuat dengan menggunakan kenderaan yang diambil dari pusat besi buruk dan kebanyakannya ialah kereta-kereta yang sekurang-kurangnya berusia 10 tahun. Tahap kekuatan besi/keluli serta ketahanan antara kereta baru dan lama mempunyai jurang yang agak besar.
![Volvo buat ujian kemalangan menegak dari ketinggian 30 meter, ini sebabnya! 02]()
Tahniah kami ucapkan pada Volvo atas usaha mereka dalam memperkasakan tahap keselamatan kenderaan dan juga atas pengakuan mereka yang kemalangan masih lagi tidak dapat dielakkan walaupun kita sudah ada pelbagai teknologi keselamatan yang canggih-canggih belaka.
Dari memasang tali pinggang keledar sehinggalah menetapkan had kelajuan, tahap kepakaran untuk pasukan keselamatan dari Sweden itu semakin maju. Tapi, kita juga harus sentiasa beringat-ingat yang tanggungjawab menjaga keselamatan masih terletak di bahu pengguna jalan raya itu sendiri.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });