window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha MotoGP lancar jentera musim 2021, idam rampas gelaran dunia

Khairil ยท Feb 17, 2021 10:00 AM

Yamaha MotoGP lancar jentera musim 2021, idam rampas gelaran dunia 01

Selepas Ducati dan KTM, tiba giliran pasukan Yamaha MotoGP mempertontonkan jentera baharu pasukan berkenaan bagi musim 2021 yang berlangsung secara maya.

Buat pertama kali sejak 2013 juga, pasukan Yamaha MotoGP tidak lagi menampilkan juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi sebaliknya hadir dengan Maverick Vinales dan pelumba muda, Fabio Quartararo.

Yamaha MotoGP lancar jentera musim 2021, idam rampas gelaran dunia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari sudut corak, Yamaha MotoGP mengekalkan penggunaan warna biru sebagai warna dominan seperti musim 2020 beserta dengan logo penaja. Warna kepada sut lumba juga tidak banyak berubah dengan logo minuman tenaga, Monster Energy terpampang jelas di bahagian dada.

Mengulas mengenai jentera baharu Yamaha MotoGP, Pengarah Urusan, Lin Jarvis mengakui sasarannya pada musim ini adalah merampas gelaran dunia daripada Suzuki.

Yamaha MotoGP lancar jentera musim 2021, idam rampas gelaran dunia 01

Lin Jarvis (tengah)

"Sasaran kami pada tahun ini adalah menjuarai gelaran dunia MotoGP. Dengan kehadiran Fabio yang bergandingan dengan Maverick, kami mempunyai dua pencabar kejuaraan dan kami tahu apa yang perlu dilakukan iaitu memenangi perlumbaan dan konsisten sepanjang musim.

"Saya yakin dengan peningkatan dan perubahan terhadap jentera, kami sudah bersedia untuk melakukannya. Ayuh berlumba."

Yamaha MotoGP lancar jentera musim 2021, idam rampas gelaran dunia 02

Begitupun, Jarvis jelas tidak dapat melupakan Rossi yang akan berlumba bersama pasukan satelit Yamaha, Petronas Yamaha SRT.

"Menakjubkan apabila Valentino terus berlumba, dengan sokongan penuh pasukan utama Yamaha tetapi dia akan berada bersama pasukan Petronas bersama Frankie (Franco Morbidelli). Saya fikir ia bagus untuknya," kata Jervis.

Yamaha MotoGP lancar jentera musim 2021, idam rampas gelaran dunia 03

Yamaha memenangi tujuh daripada 14 perlumbaan pada musim lalu namun prestasi syarikat pengeluar motosikal Jepun itu jelas tidak konsisten.

Pelumba terbaiknya adalah Franco Morbidelli yang berlumba bersama pasukan Petronas Yamaha SRT dengan meraih kedudukan kedua keseluruhan dan menggunakan jentera M1 versi 2019.

Yamaha MotoGP lancar jentera musim 2021, idam rampas gelaran dunia 04

Selain Morbidelli yang memenangi tiga perlumbaan, Quartararo turut menyumbang tiga kemenangan dengan Vinales menjadi satu-satunya pelumba pasukan utama yang memenangi perlumbaan di GP Emilia Romagna.

Situasi itu menyaksikan Vinales, Quartararo dan Rossi menyuarakan rasa tidak senang mereka mengenai jentera M1 2020 yang disifatkan sebagai tidak cukup kompetitif untuk meraih gelaran dunia.

Yamaha MotoGP lancar jentera musim 2021, idam rampas gelaran dunia 05

Sebagai info, pasukan satelit Yamaha, Petronas Yamaha SRT akan melancarkan jentera musim 2021 bersama Rossi dan Franco Morbidelli pada 18 Februari ini.

Sumber imej: yamahamotogp.com

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda