window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yema Spica - Alphard mini dari China pada harga serendah RM 68k!

Haris ยท Jan 21, 2021 09:00 AM

Yema Spica - Alphard mini dari China pada harga serendah RM 68k! 01

Yema Spica adalah sebuah MPV dari China yang mengambil 'inspirasi' daripada Toyota Alphard.

Mula dijual pada tahun 2015, Yema Spica baru sahaja melancarkan pilihan motor elektrik di samping enjin ICE bagi menarik pelanggan yang mengambil berat mengenai alam sekitar.

Yema Spica - Alphard mini dari China pada harga serendah RM 68k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak lari daripada imej meniru, model Yema Spica dilihat mirip dengan Toyota Alphard apatah lagi pada bahagian belakang.

Sebenarnya syarikat automotif China seperti Geely, GAC dan Haval sudah tidak lagi bersekongkol dengan perbuatan tersebut. Namun, terdapat segelintir syarikat yang masih memerlukan.

Yema Spica - Alphard mini dari China pada harga serendah RM 68k! 01

Ekosistem kenderaan elektrik di China lebih maju ke hadapan di samping China kini menjadi antara negara peneraju dalam penerimaan kereta elektrik. Malah, Tesla juga membuka kilang di sana untuk mengambil kesempatan tersebut.

Maka, tidak hairanlah jika Yema Spica yang selama ini dijual dengan enjin petrol, kini ditawarkan dalam varian elektrik penuh.

Yema Spica - Alphard mini dari China pada harga serendah RM 68k! 02

Berukuran 4,580 x 1,730 x 1,850 mm (panjang x lebar x tinggi) dengan jarak roda sepanjang 2,800 mm, Yema Spica EV sebenarnya jauh lebih kecil daripada Toyota Alphard (panjang 4,945 mm) yang menjadikan nama gelarannya sebagai "mini-Alphard".

Yema Spica - Alphard mini dari China pada harga serendah RM 68k! 03

Yema Spica EV menggunakan bateri 48-kWh yang menghasilkan sebanyak 94 PS /180 Nm dengan kelajuan maksimum pada 120 km/j. MPV ini mempunyai jarak tempoh sejauh 350 km sekali caj yang berdasarkan kiraan NEDC.

Model ini boleh didapati pada harga RMB 109,900 (RM 68,630) hingga RMB 129,900 (RM 81,120). Melihat saiz pasaran China, tidak mustahil jika model ini masih mempunyai pembeli yang berminat.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda