window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Voltage stabilizer’ boleh ‘up horsepower’ dan tork - betul atau sekadar gimik?

Zamil Syaheer · Aug 21, 2021 12:00 PM

‘Voltage stabilizer’ boleh ‘up horsepower’ dan tork - betul atau sekadar gimik? 01

Penstabil voltan kereta, atau lebih dikenali sebagai ‘voltage stabilizer’ mempunyai imej yang bercampur baur. Ada yang kata ia salah satu modifikasi terbaik untuk menambah kuasa kuda dan tork, tetapi ada juga pihak yang mengatakan ia tak lain tak bukan hanyalah satu penipuan sahaja.

Kami di WapCar – BM telah mengambil inisiatif untuk merungkai sains disebalik terhadap penstabil voltan kereta, dan lihat sama ada ia benar-benar berkesan ataupun merugikan.

Pertama sekali, bagaimana penstabil voltan berfungsi?

‘Voltage stabilizer’ boleh ‘up horsepower’ dan tork - betul atau sekadar gimik? 02

Kereta moden mempunyai pelbagai komponen elektrik, menarik tenaga dari alternator dan bateri

Sebuah kereta moden mempunyai banyak komponen elektrik, menarik kuasa dari alternator ke bateri seperti lampu depan, paparan LCD, sistem audio, dan ECU. Bateri kereta anda akan mengeluarkan tenaga dari alternator untuk menghidupkan komponen ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apabila kuasa tarikan rendah (ketika audio, penghawa dingin, lampu depan dimatikan), elektrik tambahan kemudian digunakan untuk mengecas bateri – tiada masalah. Namun, ia menjadi isu apabila terdapat tarikan elektrik yang tinggi dari biasa (audio, penghawa dingin, lampu depan, sistem pengurusan enjin).

‘Voltage stabilizer’ boleh ‘up horsepower’ dan tork - betul atau sekadar gimik? 01

Bateri asid plumbum tradisional tidak dapat beralih dari pengecasan ke pelepasan dengan cukup cepat, mengakibatkan voltan turun dan naik pada skala kecil (ini penting). Sebagai contoh, perhatikan kadang-kadang bagaimana lampu depan kereta redup seketika apabila sistem penghawa dingin dihidupkan (selalu terjadi pada kereta yang lebih tua)?

Sekarang, turun naik voltan berskala kecil tidak akan meletupkan kereta anda secara tiba-tiba, tetapi boleh memendekkan jangka hayat komponen elektrik di dalam kereta anda dalam jangka masa tertentu.

‘Voltage stabilizer’ boleh ‘up horsepower’ dan tork - betul atau sekadar gimik? 02

Disinilah gunanya penstabil voltan. Tugasnya adalah untuk menstabilkan turun naik elektrik dan memastikan bateri mempunyai aliran cas dan pelepasan yang stabil.

Apakah faedah penstabil voltan ini kepada saya?

‘Voltage stabilizer’ boleh ‘up horsepower’ dan tork - betul atau sekadar gimik? 03

Kredit

Dengan penstabil voltan melakukan tugasnya untuk menghilangkan isu turun naik elektrik pada skala kecil, terdadat juga beberapa faedah yang merangkumi:

  • Peningkatan sedikit (penekanan pada ayat 'sedikit') pada kuasa dan tork
  • Sistem audio yang lebih jelas
  • Lampu depan lebih terang
  • Jangka hayat bateri lebih lama

‘Voltage stabilizer’ boleh ‘up horsepower’ dan tork - betul atau sekadar gimik? 04

Harga untuk penstabil voltan original tak murah. Kredit

Ini semua disebabkan sistem elektrik kereta tidak lagi menghadapi masalah elektrik turun dan naik berskala kecil, membolehkan setiap komponen melakukan tugasnya dengan lebih efisien.

Penggunaan penstabil voltan di dalam kereta anda tidak akan membawa kesan sampingan yang buruk atau merosakkan komponen elektrik / sistemnya. Kalau ada pun, ianya akan meninggalkan sedikit kesan kepada dompet anda, sebab harganya bukanlah murah (untuk yang original, bukan seperti penstabil voltan tiruan).

Paling penting, kena ada pembumian elektrik yang cukup

‘Voltage stabilizer’ boleh ‘up horsepower’ dan tork - betul atau sekadar gimik? 05

Kredit

Perlu kami ingatkan bahawa penstabil voltan hanya berfungsi dengan pembumian elektrik (grounding) yang betul. Jika tidak, tidak ada gunanya memasang penstabil voltan. Sebenarnya, pembumian elektrik yang baik akan membawa kesan yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh penstabil voltan, tetapi pada tahap yang lebih asas.

Pembumian elektrik yang baik sangat penting pada kereta lama (di mana karat boleh menjadi masalah utama) dan kereta dengan sistem audio yang diubah (amplifier, subwoofer dll). Pembumian yang baik, ditambah dengan penstabil voltan, akan memastikan sistem elektrik berjalan lancar.

Adakah kereta baru memerlukan penstabil voltan?

‘Voltage stabilizer’ boleh ‘up horsepower’ dan tork - betul atau sekadar gimik? 06

Untuk kereta baru yang berumur 10 tahun ke bawah dan tidak diubahsuai, tidak ada keperluan untuk memasang penstabil voltan. Ini kerana sebahagian besar kereta baru mempunyai bateri dan sistem elektrik yang lebih maju (dan lebih mahal), mengurangkan (atau menghapuskan) isu ketidakstabilan elektrik.

Sekiranya anda nak juga memasang penstabil voltan pada kereta baru, boleh je. Namun begitu, ketahuilah bahawa anda tidak akan merasakan atau menuai faedah yang sama seperti kereta lama, atau kereta yang telah mengubahsuai sistem audio mereka secara ketara.

Konklusi

‘Voltage stabilizer’ boleh ‘up horsepower’ dan tork - betul atau sekadar gimik? 07

Nampaknya ada faedah nyata untuk memasang penstabil voltan di dalam kereta anda. Tetapi, adakah anda WAJIB memasangnya? Semua ini bergantung kepada jenis dan keadaan kereta anda. Pemasangan penstabil voltan juga tidak akan menjadikan kereta anda lebih laju ya, walaupun ada peningkatan kuasa dan tork.

Ini seperti roti bakar kaya tanpa mentega. Adakah anda masih boleh memakannya? Boleh. Adakah rasanya lebih sedap / lebih halus dengan mentega? Semestinya. Pada hakikatnya, penstabil voltan seperti mentega, ia menjadikan aliran elektrik sedikit lebih lancar di dalam kereta anda, tetapi perlu ataupun tidak, anda tentukan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda