window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

1 juta km dan masih lagi bergerak; Mercedes-Benz E200 W124 ini masih menggunakan enjin asalnya!

Zamil Syaheer · Oct 29, 2022 10:00 AM

1 juta km dan masih lagi bergerak; Mercedes-Benz E200 W124 ini masih menggunakan enjin asalnya! 01

“ They don’t make them like they used to” mungkin merupakan enkapsulasi yang sesuai bagi Mercedes-Benz E-Class generasi W124.

Teksi yang didaftarkan di Albania ini mungkin merupakan representasi terbaik bagi frasa lama itu, kerana ia telah mencapai perbatuan sebanyak 1.5 juta kilometer sejak ia dikeluarkan pada tahun 1993.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Video oleh DW menunjukkan bahawa E200 ini “hanya mencatatkan” bacaan 584,589 km, tetapi itu kerana odometer telah berpusing ke belakang apabila dia mencapai angka 1,000,000 km. Pemilik W214 ini, Luan Nina, berkata bahawa dia mempunyai dokumen untuk membuktikan jarak tempuh sebenar E200 itu.

1 juta km dan masih lagi bergerak; Mercedes-Benz E200 W124 ini masih menggunakan enjin asalnya! 01

Meter sudah berpusing satu kali bang, bukan 500,000 km+ je!

Malah, dia berbangga untuk mengatakan bahawa E200 masih menggunakan enjin asalnya. Satu-satunya pembaikan yang diperlukan ialah ‘head gasket’. "Saya menjaga dan menyelenggara kereta ini dengan baik. Saya juga akan terus membaiki atau menukar peralatan yang bakal memberi masalah dengan serta merta." kata Luan Nina.

1 juta km dan masih lagi bergerak; Mercedes-Benz E200 W124 ini masih menggunakan enjin asalnya! 02

Mercedes-Benz E200 W124 ini dikuasakan oleh enjin diesel 2.0 liter yang disambungkan pada transmisi manual 5-kelajuan yang memacu roda belakang. Pada tahun 1993, enjin tersebut menghasilkan 136 PS dan 190 Nm, membolehkan ia melakukan pecutan 0-100 km/h dalam 11.5 saat. Walau bagaimanapun, hari ini, angka-angka itu adalah biasa sahaja.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda