Mamak Talk
[WapCar Online Event]Share a story of your car with us!
90
SUV dengan pesaing terdekat seperti Honda HR-V dan Subaru XV itu dijangka akan digantikan dengan model baharu, Toyota Corolla Cross.
Nasib yang lebih baik mungkin menyebelahi Toyota Corolla Cross kerana ia telah dirancang sebagai model pemasangan CKD. Pemasangan akan dilakukan oleh kilang kedua anak syarikat UMW Toyota iaitu Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) di Bukit Raja, Shah Alam.
Status CKD tersebut membenarkan harga yang lebih kompetitif kepada Toyota Corolla Cross berbanding harga yang ditawarkan pada Toyota C-HR.
Perbandingan harga Toyota C-HR adalah seperti berikut:
Model | Harga* |
Toyota C-HR | RM 144,336 |
Honda HR-V | RM 104k - RM 118k |
Hyundai Kona | RM 115k - RM 143k |
Model ini termasuk dalam kelas SUV segmen C namun ruang yang ditawarkan menjadikannya bersaing dengan model 1 segmen bawah seperti Honda HR-V. Apatah lagi dengan tingkap bahagian belakang yang jelas kelihatan kecil.
Hal ini menjelaskan mengapa ia gagal menarik perhatian pembeli dan Toyota Corolla Cross mahu mengubah sambutan tersebut. Kedua-dua model berkongsi platform TNGA-C bersama-sama dengan Toyota Corolla Altis.
Kelebihan Toyota Corolla Cross adalah sistem suspensi belakang jenis torsion beam, justeru meningkatkan penggunaan ruang dalam SUV tersebut.
Model Toyota C-HR dan Toyota Corolla Altis pula menggunakan sistem suspensi belakang double wishbone yang lebih kompleks untuk keselesaan.
Tempoh masa yang dijangkakan untuk Toyota Corolla Cross dilancarkan adalah sekitar akhir tahun 2021.
Dalam pasaran Malaysia yang sensitif harga, model Toyota C-HR yang futuristik dan berani kalah pada harganya. Mampukah Toyota Corolla Cross menjadi SUV segmen C yang lebih sesuai untuk pasaran kita?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Nissan
Forget Perodua D55L, Nissan Kicks is upcoming! The Nissan Kicks will compete with Toyota C-HR, Honda HR-V, Perodua D55L and Mazda CX-3 in the compact crossover segment. This 2020 Nissan Kicks E-Power comes with a 1.2-liter three-cylinder petrol engine, a CVT automatic transmission and an electric motor producing 129hp and 260Nm of torque. How do you guys feel about the car, better than D55L?
11
37
8