Honda
Owner Review: My Honda CR-V - Is replacing an MPV with an SUV a good idea?
122
Selain Toyota Fortuner facelift, UMW Toyota Motor juga mengacah ketibaan Toyota Innova 2021. Pelanggan kini boleh membuat tempahan serta mendaftar minat mereka di laman rasmi Toyota Malaysia.
Acah yang dipertonton di laman media sosial Toyota Malaysia ini memperlihatkan Toyota Innova facelift. Sekali pandang, ia kelihatan sama seperti model di Indonesia dan Thailand kecuali pada bahagian roda.
Setakat ini, belum ada sebarang acah mengenai interior dan tren kuasa Toyota Innova 2021. Walau apapun, dijangkakan bahawa ia akan hadir dengan tren kuasa yang sama melalui enjin 2.0L aspirasi natural (139 PS/183 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.
Toyota Innova di Indonesia hadir dengan 7 beg udara dan pelbagai ciri keselamatan. Di Malaysia pula, kehadiran sistem bantuan keselamatan ADAS oleh rangkaian Toyota Safety Sense (TSS) masih belum dapat dipastikan.
Untuk itu, ikuti kami untuk maklumat yang terkini mengenai Toyota Innova facelift 2021.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
7