Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana?

Proton pernah menyatakan komitmen mereka untuk melancarkan sekurang-kurangnya satu model setiap tahun. Jika dilihat dari sejarahnya, mereka bukan saja melancarkan model dengan naiktaraf kecil/facelift secara tahunan, tapi yang dilancarkan adalah model-model serba baru terus. Oleh itu, kali ini kami ingin kupas tentang model-model yang punyai peluang untuk dilancarkan tahun 2021 ini.

Proton S50, V70, mahupun X90 memanglah belum wujud lagi. Namun, netizen sudah rancak berbual tentang nama-nama model yang sudah ditanda-dagang ini sambil menunggu kedatangannya.

Sebelum kita mulakan, jom kita imbas semula beberapa perkara.

Zhejiang Geely Holding Group mengesahkan pegangan 49.9 peratusnya di Proton pada Jun 2017. Dalam masa kurang setahun selepas itu, mereka melancarkan Proton X70 pada Disember 2018 yang mana pada masa itu masih lagi diimpot dari China.

Lebih kurang setahun selepas itu pula, Proton X70 yang dipasang tempatan (CKD) – kini dengan kotak gear dwi-klac 7 kelajuan yang baru – dilancarkan pada Febuari 2020. Pada tahun yang sama, Proton X50 pula dilancarkan pada Oktober 2020.

Walaupun dengan cabaran yang dihadapi ketika PKP dan pandemik COVID-19, rancangan asal Proton adalah untuk melancarkan sekurang-kurangnya satu model serba baharu setiap tahun.

Bagi tahun 2021, pelancaran model facelift bagi Proton Persona dan Proton Iriz pula sudah jadi satu rahsia terbuka.

Pada mulanya, Iriz dan Persona baharu ini dijangka akan diberi naiktaraf yang sama dengan Saga – iaitu menggugurkan CVT Punch yang berprestasi teruk itu dengan kotak gear automatik 4 kelajuan biasa bersumberkan Hyundai – namun, laporan terkini dari Funtasticko mengatakan yang transmisi jenis CVT ini akan dikekalkan tapi dengan perisian yang dipertingkatkan.

Lampu hadapan LED juga dikatakan akan didatangkan dalam varian-varian berspesifikasi tinggi.

Selain daripada itu, Proton juga telah memaklumkan komuniti pelaburan perbankan yang mereka akan memperkenalkan sebuah model berasaskan Geely yang baharu pada tahun 2021.

Berbekalkan maklumat ini, model Geely yang manakah akan punyai peluang paling cerah untuk di-Proton-kan di Malaysia? Di sini, kami akan huraikan kemungkinan antara empat calon model Geely-Proton baharu.

Proton S50 / Geely Binrui

Proton mempunyai sekurang-kurangnya 3 model baharu lagi yang tinggal untuk dilancarkan antara tahun ini sehingga tahun 2023. Jika siluet berbeza jadi taruhan, besar kemungkinan akan ada dua buah sedan dan satu kenderaan jenis SUV/MPV yang akan tiba. Mungkin ya, mungkin juga tidak.

Dalam hemat kami, buat masa ini Proton belum ada membangunkan model sedan berasakan Geely, dan kami boleh singkirkan kemungkinan bagi Geely Binrui – yang sering digelar oleh netizen sebagai Proton S50 – bagi mengisi ruang kekosongan yang ditinggalkan oleh Proton Preve.

Geely Binrui adalah sebuah kereta yang agak bagus, tapi bukanlah tahap bagus Honda Civic mahupun Toyota Corolla Altis. Walau di pasaran asalnya di China, Binrui berada pada posisi yang agak lemah dengan jumlah jualan yang sangat rendah jika dibandingkan dengan Civic ataupun Corolla Altis.

Baca juga: Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah

Di China, Binrui dijual dengan enjin 1.4 liter berpengecas turbo dengan 4 silinder yang menjana 141 PS dan 235 Nm, dipadankan secara eksklusif kepada transmisi auto jenis CVT.

Ia dibina di atas platform BMA (B-segment Modular Architecture) yang dibangunkan atas usahasama Geely-Volvo Car, dan ini bermaksud yang ia ada kaitan dengan Proton X50.

Jika dilihat pada kadar migrasi pemilik sedan kepada SUV, kita patut faham yang sedan segmen C bukanlah satu keutamaan bagi Proton.

Dimensi Geely Binrui Honda Civic
Panjang (mm) 4,680 4,648
Lebar (mm) 1,785 1,799
Tinggi (mm) 1,460 1,416
Jarak Roda (mm) 2,670 2,700
Berat (kg) 1,360 1,327

Pasaran kereta segmen C semakin menipis memandangkan sebahagian besar daripada jumlah jualan kereta baharu di Malaysia disumbang oleh sedan segmen B. Apa yang anda boleh dapat pada sedan segmen C, anda juga boleh dapatkan pada sedan segmen B dengan harga yang jauh lebih rendah. SUV juga merangkumi sebahagian besar daripada jumlah jualan ini.

Kemungkinan untuk dilancarkan: Rendah

Proton V70 / Geely Jiaji

Geely Jiaji 7 tempat duduk tampak seperti calon yang bagus bagi menggantikan Proton Exora yang sudah berusia (sudah hampir 12 tahun berada di pasaran).

Proton sudahpun menanda-dagang nama V70 dan nama ini seringkali dipetik bagi merujuk kepada Proton Exora generasi seterusnya.

Malangnya, perkara ini tidak akan terjadi. Geely Jiaji ialah model yang jauh lebih mahal harganya berbanding Proton Exora.

Walau di China, Jiaji dijual pada harga antara CNY 94,800 hingga CNY 139,800; lebih mahal daripada Geely Boyue (Proton X70 kita) yang dijual pada harga bermula dari CNY 88,000 hingga CNY 116,800.

Sedangkan Proton X70 Malaysia dijual pada harga antara RM 94,800 hingga RM 122,800, manakala si veteran Proton Exora dijual pada harga bermula dari RM 59,800 hingga RM 66,800.

Walau dengan pelarasan semula senarai kelengkapan kereta yang ditawarkan, agak sukar bagi Proton/Geely untuk menurunkan harga Jiaji sehingga 50 peratus.

Sebagai model ganti Proton Exora, Geely Jiaji/Proton V70 pastinya bukan calon yang sesuai. Namun, jika ia diposisikan sebagai saingan kepada Toyota Innova (jualannya juga suam-suam kuku saja), ia mungkin ada peluang tapi masih agak kecil potensinya.

Di China, Jiaji dijual dengan enjin samada jenis 1.5 liter 3 silinder ataupun 1.8 liter berpengecas turbo 4 silinder.

Enjin 1.5 liter itu menjana 177 PS/255 Nm (dikongsi dengan Proton X50) dan boleh dipadankan dengan hibrid sederhana 48V yang boleh meningkatkan ‘output’ keseluruhan sistem kepada 190 PS dan 300 Nm.

Enjin 1.8 liter berpengecas turbo yang lebih besar tapi berusia (dikongsi dengan Proton X70) itu pula mampu menjana kuasa 183 PS dan 300 Nm.

Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik dwi-klac 7 kelajuan.

Perjanjian awal bagi bekalan alatganti dan impot model CBU yang ditandatangani antara Geely dan Proton ada menyatakan VF11, iaitu kod model bagi Jiaji, tapi perjanjian tersebut telah tamat pada 31 Disember 2020.

Baca juga: Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia

Dimensi Geely Jiaji Proton Exora
Panjang (mm) 4,706 4,610
Lebar (mm) 1,909 1,809
Tinggi (mm) 1,690 1,691
Jarak Roda (mm) 2,805 2,730
Berat (kg) 1,610 1,465

Kemungkinan untuk dilancarkan: Sederhana

Proton Perdana / Geely Preface

Geely Preface, yang dijual di China sebagai Xingrui, adalah antara kereta yang paling menawan dikeluarkan oleh Geely masa kini. Ia bukanlah sedan segmen D semata-mata jika diikutkan definisi tradisional; ia dikira berada di antara kereta segmen D dan C.

Tapi, ‘road presence’ dan rupa bentuknya yang tampak korporat menggambarkan jenis sedan ini dengan cukup jelas sebagai kenderaan eksekutif.

Berlainan dengan Geely Binrui, Preface dibina di atas platform CMA (Compact Modular Architecture) yang lebih moden. Berbeza dengan platform BMA yang dibangunkan bersama oleh Geely-Volvo, platform CMA sememangnya platform Volvo Car yang asli.

Harga jualan Geely Preface di China bermula dari CNY 113,700 hingga CNY 149,700. Sebagai rujukan, Geely Boyue (Proton X70) yang paling mahal berharga CNY 116,800 (Boyue Pro dikecualikan).

Preface dikuasakan oleh enjin 2.0 liter berpengecas turbo 4 silinder yang menjana 190 PS/300 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7 kelajuan.

Dimensi Geely Preface Honda Accord
Panjang (mm) 4,785 4,901
Lebar (mm) 1,869 1,862
Tinggi (mm) 1,469 1,450
Jarak Roda (mm) 2,800 2,830
Berat (kg) 1,542 1,494

Walaupun pasaran segmen D semakin mengecil, dan beberapa pembuat kereta segmen ini yang masih aktif tapi mengurangkan juga jumlah varian yang mereka tawarkan, Proton yang masih menikmati kelebihan sebagai syarikat kereta nasional diwajibkan untuk menyediakan model ganti bagi Proton Perdana untuk kegunaan penjawat kerajaan.

Ia bukanlah satu keutamaan penting bagi Proton, namun kita boleh jangkakan yang Proton Perdana akan ada tukar gantinya tak lama lagi. Kalau bukan tahun 2021 pun, mungkin dalam masa beberapa tahun lagi.

Kemungkinan untuk dilancarkan: Rendah untuk tahun 2021

Proton X90 / Geely Haoyue

Geely Haoyue pula ialah SUV 7 tempat duduk yang buat masa sekarang dijual di Filipina sebagai Geely Okavango. Ia bersaing dengan Hyundai Santa Fe, Mazda CX-8, Mitsubishi Outlander, VW Tiguan Allspace, dan pada tahap yang tertentu dengan Toyota Fortuner berasaskan Hilux.

Seperti yang anda boleh jangkakan, Haoyue bukan murah harganya. Di China, Haoyue dijual dengan harga bermula dari CNY 103,600 hingga CNY 139,600 – lebih kurang 20 peratus lebih mahal berbanding Boyue.

Jika kita gunakan kuantum kenaikan yang sama dengan Proton X70, kita boleh jangkakan yang kereta ini (sering digelar sebagai Proton X90) akan dijual pada harga sekitar RM 150,000.

Secara amnya, Haoyue sebenarnya kereta yang sudah agak berusia tapi diberi rupa bentuk badan yang baharu. Ia bukannya dibina di atas mana-mana platform BMA ataupun CMA yang digunakan oleh model-model Geely baharu. Ia menggunakan platform CV yang agak lama – secara amnya platform Geely Jiaji yang dipanjangkan.

Di China, ia dikuasakan dengan enjin 1.8 liter berpengecas turbo 4 silinder yang sama dengan Proton X70, tapi ia ditawarkan dengan dua pilihan transmisi iaitu jenis automatik ‘torque converter’ 6 kelajuan dan dwi-klac 7 kelajuan.

Walaupun harganya lebih mahal, Geely berjaya menjual lebih banyak Haoyue berbanding Jiaji – satu bukti yang menunjukkan penurunan populariti segmen MPV.

Memandangkan ia sudah ada sejarah kecemerlangan yang mengagumkan dan sudahpun dijual di Filipina, kami rasakan yang Haoyue mempunyai kemungkinan lebih cerah untuk tiba di sini sebagai model Proton baharu berbanding Jiaji.

Walaupun ia lebih mahal, Haoyue lebih laku berbanding Jiaji

Dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 yang semakin meruncing, mungkin kita boleh jangkakan yang Proton akan mengambil masa yang lebih lama dalam usaha mereka untuk melancarkan satu model serba baharu setiap tahun.

Tapi, bagi menjawab persoalan tentang model berasaskan Geely yang mana satu akan dilancarkan oleh Proton di Malaysia, pilihan kami ialah Geely Haoyue. Secara logiknya, ia patut diberi nama Proton X90.

Sumber kami yang arif dengan perancangan produk Proton memaklumkan yang sebuah unit Haoyue sudahpun tiba di Malaysia bagi penilaian tempatan.

Dimensi Geely Haoyue Mazda CX-8
Panjang (mm) 4,835 4,900
Lebar (mm) 1,900 1,840
Tinggi (mm) 1,780 1,730
Jarak Roda (mm) 2,815 2,930
Berat (kg) 1,660 1,781

Kemungkinan untuk dilancarkan: Tinggi

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton V70

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

WTC Automotif (WTCA), anak syarikat Kumpulan Tan Chong dan pengedar sah untuk jenama GAC di Malaysia telah mengesahkan bahawa GAC Emkoo akan dilancarkan di Malaysia. Ini susulan pengenalan GAC GS3 Emzoom CKD. Apakah GAC Emkoo? GAC Emkoo adalah SUV segmen C yang bersaing dengan Honda CR-V, Proton X70, Mazda CX-5, dan sebagainya. Ia berdasarkan platform GPMA (GAC Global Platform Modular Architecture) yang juga menyokong GAC GS3 Emzoom. Reka bentuk luar GAC Emkoo mempunyai banyak lekuk tajam serta
Dalam acara LA Auto Show yang sedang berlangsung di California sekarang, Toyota Camry 2024 generasi (XV80) telah membuat debut global. Secara amnya, legenda sedan segmen D ini tampil dengan pembaharuan reka bentuk berunsur Toyota Crown serta trenkuasa yang lebih canggih. Dengan berasaskan platform TNGA-K, Camry generasi baharu ini datang sepenuhnya dengan trenkuasa hybrid, termasuk varian 2.5 berpacuan semua roda (AWD) berkuasa 232 PS, pertama kali dalam sejarah hybrid Camry. Antara variasi yang
Honda Malaysia sebentar tadi baru sahaja membuka tempahan buat Honda CR-V generasi baharu yang mana ia bakal dilancarkan pada Disember 2023. Secara amnya, pewaris kepada SUV segmen C bukan-nasional yang paling laris di Malaysia ini bakal ditawarkan dengan enjin 1.5L VTEC Turbo (193 PS, 243 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT dan enjin 2.0L hybrid i-MMD (184 PS, 335 Nm) yang datang istimewa dengan kotak gear jenis eCVT. Nadi baharu ini turut digunapakai oleh Honda Civic RS e:HEV. Menariknya,
Walaupun Toyota Vios telah memasuki generasi terbaru (AC100), saudara hatchbacknya, Yaris, masih terus digunakan dengan platform lama. Yaris XP150 telah mendapat kemaskini ketiga yang membuat kemunculannya di Thailand, tetapi beberapa pasaran masih menawarkan model dengan kemaskini kedua seperti di Malaysia. Menariknya, salah satu pasaran yang menghentikan Yaris XP150 adalah Filipina, dengan laporan dari Auto Industriya yang menyatakan bahawa hatchback tersebut secara senyap telah dieluarkan dar
Sebentar tadi, pakej Night Series sudah mula ditawarkan untuk model Mercedes-Maybach S580 di Malaysia iaitu pada harga RM 223,000. Dengan harga itu, pembeli akan mendapat elemen bertema gelap seperti aksen krom gelap, butiran rose gold pada grafik lampu depan, rim unik berpaten Maybach kilat gelap dan kabin yang ada hiasan herringbone. Bercakap mengenai bahagian dalam, pakej ini juga menampilkan kemasan kristal hitam pada konsol tengah, tempat duduk kulit Nappa berwarna hitam permata, pencahayaa

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton V70
Cek Lebih