Spyshot: Hyundai Kona baru dilancarkan tahun lepas tapi model facelift dah tiba?

Haris · Mar 1, 2021 05:00 PM

Spyshot: Hyundai Kona baru dilancarkan tahun lepas tapi model facelift dah tiba? 01

Hyundai Kona (generasi pertama) baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober 2020. Ketika pelancarannya di sini, model ini telah menerima kemaskini facelift secara global justeru memberikan kemungkinan bahawa model facelift akan tiba dalam masa lebih setahun lagi.

Spyshot: Hyundai Kona baru dilancarkan tahun lepas tapi model facelift dah tiba? 02

Hyundai Kona facelift

Walaubagaimanapun, gambar intipan yang tular oleh pembaca Wapcar.my (Mr William) memberikan petanda bahawa model facelift akan tiba lebih awal berbanding jangkaan. Gambar tersebut yang dikatakan diambil di pelabuhan menampilkan barisan model Hyundai Kona facelift 2021 sedang bersusun.

Baca: Perbezaan Hyundai Kona 2020 dengan model Hyundai Kona facelift 2021

Spyshot: Hyundai Kona baru dilancarkan tahun lepas tapi model facelift dah tiba? 01

Ketika ini, Hyundai Kona 2020 dijual dalam 3 varian dengan harga bermula RM 115,888. Hyundai Kona menampilkan rekaan yang lebih sofistikated dan kelengkapan yang lebih terkini jika dibandingkan dengan SUV lain dalam kelasnya.

Spyshot: Hyundai Kona baru dilancarkan tahun lepas tapi model facelift dah tiba? 02

Baca rebiu Hyundai Kona: Sekadar alternatif kepada SUV segmen B je?

Jika anda merasakan bahawa Hyundai telah melupakan Malaysia kerana pemindahan ibu pejabat Hyundai ke Indonesia, nampaknya anda silap. Hyundai masih lagi jenama Korea yang kekal kompetitif dalam gelanggang automotif Malaysia. Adakah Hyundai Kona facelift ini akan hadir dalam tahun ini? Sama-sama kita nantikan!  

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 2.0 Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru