window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan!

Haris · Apr 1, 2021 05:00 PM

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan! 01

Perodua Ativa memang terasa seperti kehilangan hype namun laporan jualan yang dicatatkan seolah-olah memberitahu sebaliknya. Untuk pengetahuan anda, Perodua Ativa kini telah menjadi model SUV terlaris dalam sebulan di Malaysia.

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan! 02

Gambar ketika pelancaran

Rekod tersebut adalah berdasarkan angka penghantaran Perodua Ativa yang dilaporkan adalah sebanyak 4,345 unit sejak pelancarannya pada 3hb Mac 2021. Sebelum ini, rekod SUV paling laris dalam sebulan adalah Proton X50 dengan 3,345 unit jualan pada bulan Februari 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan! 01

Perodua telah menganggarkan jumlah jualan sebanyak 57,911 unit kenderaan dalam suku pertama 2021 (1Q21) – kenaikan 29% berbanding 44,977 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas. Hal ini berdasarkan sambutan yang menggalakkan pada model Perodua Ativa.

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan! 02

“Bulan Mac menyaksikan peningkatan jumlah jualan kami kepada 24,433 unit yang didorong oleh permintaan tinggi terutamanya bagi Ativa. Model tersebut telah menerima sebanyak 14,574 unit tempahan sejak dibuka untuk pesanan pada 19hb Februari lalu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Jualan Perodua melonjak sebanyak 47.3% kepada 24,433 unit pada Mac 2021 berbanding 16,583 unit pada Februari 2021.

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan! 03

Dato’ Zainal menambah bahawa daripada 14,574 tempahan Ativa yang diperoleh setakat ini, 4,345 unit telah dihantar sejak pelancarannya pada 3hb Mac lalu, dan seperti yang dijangkakan, 67% daripada permintaan setakat ini adalah untuk varian AV.

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan! 04

Pada awal pelancarannya, jangkaan pengeluaran Perodua Ativa adalah sekadar 3,000 unit sebulan. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh komitmen yang tinggi dari Perodua di samping sokongan rakyat Malaysia dan dibantu oleh 95% komponen tempatan, angka tersebut meningkat sebanyak yang disebutkan.

4,345 unit Perodua Ativa terjual, pecah rekod Proton X50 sebagai SUV terlaris dalam sebulan! 05

1 daripada 4,345 unit tersebut adalah milik Wapcar.my sendiri. Perodua Ativa ini dibeli sebagai sebuah unit rebiu pengalaman pemilikan kami sendiri. Ikuti perkembangan Perodua Ativa di laman Wapcar di mana pada akhir pengalaman pemilikan kami, Perodua Ativa kami akan diceraikan untuk memeriksa kualiti komponen yang ada!

Bacaan Lanjut:

Pengalaman pemilikan Perodua Ativa - berapa lama tunggu dari tempahan hingga keluar kereta?

Servis Perodua Ativa: Kos RM 64, Ativa kami diperiksa selepas 1,000 km. Bunyi masih misteri

Minggu pertama dengan Perodua Ativa – Ada bunyi misteri di belakang

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda