window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat?

Haris · Jun 9, 2021 11:00 AM

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 01

Perodua Myvi telah dijadualkan untuk kemas kini pertengahan jangka hayat produk tak lama lagi. Hatchback kegemaran ramai tersebut telah diperkenalkan pada tahun 2017 dan ia menerima running change pertama (kemaskini kecil - tiada sebarang perubahan perkakas kilang)  tahun lalu, dengan sistem ASA 2.0 dan warna baharu Electric Blue.

Walaupun suite ASA 2.0 AEB yang dikemas kini mencukupi untuk kekal optimum di hadapan Proton Iriz (yang masih tidak menawarkan ciri ini), terdapat beberapa aspek di mana Myvi dapat diperbaiki.

Justeru, berikut adalah beberapa naik taraf yang bakal dilihat untuk Perodua Myvi facelift akan datang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sistem A.S.A 3.0 pula?

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 01

Dalam konteks hatchback segmen B tempatan, sistem keselamatan Myvi boleh dikatakan antara yang terbaik dalam pasaran. AEB untuk kereta pada harga bawah RM 60k? Belum pernah ditawarkan sebelum ini kerana AEB ketika itu adalah ciri yang terhad untuk kereta berharga lebih dari RM 100k.

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 02

Tetapi Myvi sebagai peneraju keselamatan mungkin tidak bertahan lama kerana dikhabarkan bahawa Proton Iriz facelift akan datang bakal menerima ciri-ciri ADAS. Iriz tak kurang hebatnya, menerima 5 bintang penuh ASEAN NCAP di bawah protokol ujian 2017-2020.

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 03

Untuk mengekalkan kedudukannya di atas Iriz dan kalis masa depan, Perodua Myvi facelift perlu dilengkapi suite ASA 3.0 dengan AEB yang dikemas kini termasuklah ciri seperti Blind Spot Monitor (BSM).

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 04

Blind spot monitor Perodua Ativa

2 protokol keselamatan ini penting - digabung dengan ciri asal seperti Lane Departure Warning (LDW) dan Lane Keep Assist (LKC) - adalah syarat baharu 5 bintang ASEAN NCAP protokol 2021 - 2025 yang memerlukan pengeluar untuk lebih peka terhadap faktor luaran khususnya pengguna motosikal.

Kerusi pemandu dan penumpang yang lebih baik

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 05

Tidak ada cara lain untuk aspek ini: kerusi pada Perodua Myvi kurang selesa dan memerlukan perhatian serius.

Pada baris hadapan, ukuran tempat duduk dan sokongan belakang agak pendek dan ini tidak memberikan sokongan paha dan spina yang mencukupi. Secara visualnya, sandaran kepala Perodua Myvi sebenarnya agak pendek dan lebih sesuai dipanggil sandaran leher.

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 06

Situasi yang sama juga untuk tempat duduk belakang. Hal ini kerana bangku tempat duduk belakang sedikit pendek. Selain itu, sudut pada bahagian punggung (rujuk gambar di mana ia tidak berbentuk L seperti kebanyakan model kenderaan) juga terasa tidak selesa bagi sesetengah orang.

2020 Perodua Bezza 1.3 Review

Perodua Bezza 2020 dengan tempat duduk yang lebih baik

Melihat komitmen Perodua yang mendengar keluhan pengguna dengan kemaskini tempat duduk belakang Perodua Bezza 2020 (darjah condong untuk keselesaan yang lebih baik), kami berpendapat bahawa Perodua Myvi facelift juga mempunyai tempat duduk yang lebih baik.

Tugas peredaman bunyi yang lebih baik

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 08

Penebat bunyi Myvi atau ketiadaan komponen ini adalah keluhan utama di kalangan pemilik. Walaupun bunyi angin mampu dielakkan dari menyelinap ke dalam kabin, bunyi jalan dan tayar tetap menjadi masalah.

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 09

Lebih parah lagi adalah pada kelajuan lebuh raya, kebisingan tayar agak memenatkan dalam perjalanan yang panjang, menjadikannya agak meletihkan bagi penumpang.

Melihat bagaimana Perodua selangkah lebih baik dengan tugas-tugas peredaman bunyi pada Ativa, kami berpendapat bahawa mereka dapat melakukan hal yang sama pada Perodua Myvi facelift.

Keselesaan pemanduan pun boleh dipertingkat?

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 10

Sekiranya ada satu kekurangan ketara Perodua berbanding Proton, tentunya ia adalah talaan casis. Tiada cara yang lebih baik untuk diungkapkan: keselesaan pemanduan pada Perodua Myvi kurang memuaskan. Sistem suspensi berada pada sisi yang lebih keras, bagus untuk bermain selekoh tetapi tidak selesa di jalan yang beralun.

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 11

Ditambah dengan tempat duduk seperti yang dinyatakan di atas, ini bermaksud bahawa Perodua Myvi lebih sesuai untuk kereta bandar di mana jarak tempuh lebih pendek dan sekejap.

Perodua Ativa menawarkan salah satu keselesaan perjalanan paling mengagumkan untuk Perodua moden dengan platform DNGA, Namun DNGA pastinya tidak akan dipasang pada Perodua Myvi justeru hanya jurutera Perodua sahaja yang mampu melaksanakan tugas ini, kalau tidak keterlaluan.

Kesimpulan - Kereta terlaris juga perlukan peningkatan

Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat? 12

Perodua Myvi mungkin hatchbak paling laris di Malaysia namun ini bukan bermakna bahawa ia tidak boleh dipertingkatkan. Jika kesemua isu ini mampu ditangani oleh Perodua, model mana agaknya yang bakal menjadi model terlaris - Myvi atau Ativa?

Bacaan Lanjut:

Perodua Myvi 'facelift' 2021 bakal dilancar: Nama kod D51A, ini apa yang anda perlu tahu!

Proton Saga dipintas Perodua Myvi dalam angka jualan Mei 2021

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda