Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu!

Baru-baru ini, Honda Malaysia sendiri telah memuat naik imej serta video acah City Hatchback di laman sosial mereka. Ini bermakna ia bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. 

1. Mengapa Honda Jazz dihentikan?

Honda Jazz generasi GR nampak macam kartun kan?

Kenapa Honda Jazz generasi keempat yang baru tidak ditawarkan di sini? Jawapannya, ini kerana ia dilihat terlalu radikal untuk diterima oleh pengguna di Malaysia.

Interiornya yang sangat minimalis, stereng yang futuristik, dan reka bentuk luaran yang boleh dikatakan comel serta kartun tidak sesuai dengan pengguna di sini.

Juga baca: 3 sebab utama Honda Jazz keluar dari pasaran Malaysia!

Walaupun Jazz serba baru tidak sesuai untuk citarasa rakyat Malaysia, formula ini berjaya untuk menarik minat pembeli di Eropah, China, dan Jepun - tiga pasaran yang kini menjual Jazz serba baru.

2. Pilihan trenkuasa?

Thailand mendapat enjin 1.0 liter turbo baru (122 PS, 173 Nm)

City Hatchback untuk pasaran Thailand seperti imej diatas menggunakan enjin 1.0 liter 3-silinder petrol turbo, menghasilkan 122 PS dan 173 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT.

Malaysia juga mendapat enjin 1.5 liter DOHC baru (121 PS, 145 Nm)

Walau bagaimanapun, jangan berharap enjin  turbo ini akan ditawarkan di Malaysia. Sebagai gantinya, City Hatchback dijangka bakal menggunakan enjin yang sama dengan City Sedan - enjin 1.5 liter 4-silinder petrol aspirasi natural, Ia menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, dipadankan ke transmisi automatik jenis CVT.

Value Your Car
Select Your Car

Enjin City RS.

Selain enjin aspirasi natural, anda boleh jangkakan Honda Malaysia untuk memperkenalkan enjin i-MMD hibrid yang sama dengan City RS.

Juga baca: Rebiu: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia

3. Bagaimana pula dengan bab keselamatan?

Memandangkan City Hatchback berkongsi sebahagian besar strukturnya dengan sedan City, keputusan ujian kemalangan sepatutnya lebih kurang sama.

Ketika ASEAN NCAP menguji City sedan, ia mendapat skor penuh 5 bintang. Oleh itu, City Hatchback juga harus mendapat penilaian yang sama.

4. Bagaimana pula dengan ciri kerusi ULTRA?

Jangan risau, walaupun City Hatchback adalah model baru, ia akan mengekalkan ciri yang menjadi ‘trademark’ pada Jazz – kerusi ULTRA.

Oleh itu, usah risau jika anda ingin mengangkat pelbagai jenis barang dengan City Hatchback.

5. Harga dia mahal ke?

Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi harga City Hatchback, tetapi kita boleh bandingkan harga Toyota Yaris dan membuat perbandingan.

Toyota Yaris 2021 ‘facelift’ yang diperkenalkan baru-baru ini berharga dari RM 70,940 hingga RM 84,808, jadi selamat untuk mengatakan bahawa Honda City Hatchback yang akan datang akan dijual di taman permainan ini.

Harga Honda City GN bermula pada RM 74,191 sehingga RM 86,561 – lebih kurang harga Toyota Vios ‘facelift’, iaitu RM 74,623 sehingga RM 87,584.

Harga semua termasuk pengecualian cukai SST dan sah sehingga 31-Disember 2021.

6. Patutkah saya membeli City Hatchback daripada Yaris?

Kedua-dua hatchback mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Juga baca: Honda City hatchback vs Toyota Yaris - Saingan terhebat tahun 2021!

Toyota Yaris terkenal dengan kabin yang begitu senyap, pelbagai teknologi yang mengagumkan, dan ciri keselamatan yang menyeluruh. Tetapi kuasa dan suasana kabin terasa biasa saja.

Juga baca: 3 Kebaikan & Keburukan: Toyota Yaris, lagi gempak dari Honda Jazz?

Bagi City Hatchback, memandangkan bahagian interiornya sama seperti City sedan, tahap praktikaliti dan kemudahan penggunaannya adalah yang terbaik, terutamanya ciri kerusi ULTRA. Namun begitu, tahap kesenyapan City Hatchback masih lagi menjadi tanda tanya berbanding Yaris.

Juga baca: Honda Jazz kini tular dengan praktikaliti tempat duduk ULTRA Seat!

Untuk yang suka teknologi, kedua-dua kereta ini mempunyai sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

7. Bila City Hatchback akan dilancarkan?

Honda City Hatchback membuat debut global di Thailand pada bulan November 2020. Akibat faktor kelewatan disebabkan PKP 3.0, serta masayang diperlukan untuk pemasangan tempatan dan sumber tempatan, pelancaran asal yang lebih awal telah ditunda.

Tetapi dengan imej acah ini, adakah ia bakal dilancarkan pada bulan November ini? Kita tunggu dan lihat.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda City Hatchback

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Honda City Hatchback Is Coming To Malaysia! Youngster's New Dream Car!

Top 5 New Cars Coming to Malaysia in 2021 - Perodua D55L, Iriz Cross, Corolla Cross & More!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan