Honda City terlalu konsisten skor 5 bintang ASEAN NCAP sampai menang anugerah!

Haris · Feb 18, 2021 08:30 PM

Honda City terlalu konsisten skor 5 bintang ASEAN NCAP sampai menang anugerah! 01

Dalam Anugerah Grand Prix NCAP ASEAN ke-4 2020, Honda City telah menerima "Anugerah 5-Bintang Paling Konsisten". Anugerah ini diberikan kepada Honda City kerana mencatatkan 5 bintang sejak beberapa generasi terdahulu.

Di bawah ujian NCAP ASEAN, tiga generasi Honda City telah diuji kemalangan iaitu GM2, GM6, dan GN2.

Honda City terlalu konsisten skor 5 bintang ASEAN NCAP sampai menang anugerah! 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Prosedur ujian ASEAN NCAP telah berkembang selama bertahun-tahun. Pada awalnya, ia bermula dengan impak perlanggaran hadapan, kemudian ditambah dengan perlanggaran sisi dan penilaian ADAS.

Perkembangan terbaru mengenai ASEAN NCAP adalah penilaian keselamatan penunggang motosikal (ASEAN NCAP Protocol 2021-2025) yang mengambil keadaan pemanduan sekeliling, lagi-lagi penunggang motosikal.

Honda City terlalu konsisten skor 5 bintang ASEAN NCAP sampai menang anugerah! 01

Laporan penuh di sini

Honda City GM2 tahun 2012 mencatatkan markah 5 bintang, dengan pra-syarat ketika itu adalah kehadiran ESC dan amaran tali pinggang keledar. GM2 hampir memperoleh skor penuh dalam perlindungan penumpang dewasa (AOP) dan mendapat skor sebanyak 81% dalam perlindungan penumpang kanak-kanak.

Honda City terlalu konsisten skor 5 bintang ASEAN NCAP sampai menang anugerah! 02

Laporan penuh di sini

5 bintang turut dicatatkan oleh Honda City GM6 pada tahun 2014 dengan spesifikasi beg udara sepenuhnya. 15.8 / 16 mata diperoleh untuk penumpang dewasa (AOP) dan 83% markah diperolehi untuk penumpang kanak-kanak (COP).

Honda City terlalu konsisten skor 5 bintang ASEAN NCAP sampai menang anugerah! 03

Laporan penuh di sini

Generasi terbaru Honda City GN2 tahun 2020 juga mencatatkan 5 bintang dengan skor penuh dalam ujian perlanggaran sisi untuk dewasa dan kanak-kanak.

Skor AOP adalah 32.28 / 36 sementara skor COP adalah 44.72 / 49. Ujian NCAP ASEAN terbaru merangkumi penilaian bantuan brek kecemasan di mana Honda City berjaya memperolehi markah penuh.

Honda City terlalu konsisten skor 5 bintang ASEAN NCAP sampai menang anugerah! 04

Honda City mencatatkan skor 5 bintang dalam setiap generasi di mana ASEAN NCAP berkembang menjadi antara ujian keselamatan yang semakin mencabar. Ini menunjukkan komitmen Honda untuk pasaran ASEAN secara amnya dan Malaysia khususnya.

Pasaran Malaysia adalah antara pasaran yang agak unik di seluruh dunia kerana jualan Honda mengatasi jualan Toyota.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

tradeInTool.upto20

2020 Honda City 1.5L S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru