Inilah dia tuan-tuan dan puan-puan, rupa Proton Persona dan Iriz MC2 (Minor Change 2) yang dirakam secara tak sengaja menerusi laman Facebook rasmi Polis Perak ketika pemeriksaan mengejut di Kilang Proton, Tanjung Malim sempena Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0.
Dalam dua rakaman siaran langsung yang dimuat naik, anda boleh lihat kedua-dua Proton Persona dan Iriz MC2 yang nampaknya hanya menunggu masa untuk dihantar ke bilik pameran masing-masing.
Sebagai rangkuman, Persona MC2 menggugurkan pilihan transmisi manual, bermakna kesemua varian akan menggunakan transmisi CVT Punch yang dinaiktaraf. Varian yang ditawarkan adalah 1.6 Standard CVT, 1.6 Executive CVT dan 1.6 Premium CVT.
Juga baca: Bocor: Proton Persona gugurkan manual, transmisi CVT ada SAT macam Saga FLX?
Sama juga bagi Proton Iriz MC2, varian bertransmisi manual dan 1.3 Executive CVT akan digugurkan. Kali ini, ada tiga pilihan varian tetapi dengan dua pilihan enjin, iaitu 1.3 Standard CVT, 1.6 Executive CVT, dan 1.6 Active CVT ala crossover.
Juga baca: Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi!
Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti WapCar – BM untuk mengetahui segalanya tentang perkembangan Proton Persona dan Iriz MC2!
Juga baca:
Spyshot: Imej Proton Iriz Active tertiris, tiada Ethereal Bow, akhirnya dengan logo Proton baru?
Spyshot: Adakah ini ‘head unit’ Proton Iriz Active? Gaya terapung, tiada butang!
Spyshot: Proton Iriz Active crossover tanpa samaran - ‘cladding’ plastik, bumbung hitam, rim baru?
Bocor: Proton Persona gugurkan manual, transmisi CVT ada SAT macam Saga FLX?
BOCOR: Proton Persona MC2 2021 tanpa samaran – lampu jenis LED, konsol tengah baru!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}