window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bocor: Proton Persona gugurkan manual, transmisi CVT ada SAT macam Saga FLX?

Haris · Jun 2, 2021 06:50 PM

Bocor: Proton Persona gugurkan manual, transmisi CVT ada SAT macam Saga FLX? 01

Proton Persona MC2 (Minor Change 2) yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi dikatakan bakal menggugurkan transmisi manual di samping hadir dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission).

Dalam sebuah dokumen yang tertiris ke meja pengarang Wapcar.my, Proton Persona nampaknya bakal menerima kemaskini major terutamanya pada bahagian transmisi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bocor: Proton Persona gugurkan manual, transmisi CVT ada SAT macam Saga FLX? 01

Fungsi SAT (Stepped Auto Transmission) terkenal pada model Proton Saga FLX yang menggunakan transmisi Punch CVT dan telah digugurkan pada tahun 2017. Ia memberikan perasaan pemanduan yang sama dengan gear manual di mana gear terasa ‘ditukar’ dengan ketara walaupun menggunakan transmisi automatik.

Bocor: Proton Persona gugurkan manual, transmisi CVT ada SAT macam Saga FLX? 02

Tidak seperti fungsi SAT pada Proton Saga yang diaktifkan dengan satu butang pada sebelah tombol gear, fungsi SAT pada Proton Persona dikatakan akan diaktifkan secara automatik.

Tanpa butang SAT, Proton Persona MC2 akan mengaktifkan fungsi SAT secara automatik di atas 60 km/j apabila pemandu menekan pedal minyak secara mengejut atau sehingga menyentuh lantai.

Bocor: Proton Persona gugurkan manual, transmisi CVT ada SAT macam Saga FLX? 03

Intipan rim yang lebih besar

Selain itu, dokumen berkenaan turut menunjukkan bahawa Proton Persona MC2 akan hadir dengan rim 16 inci baharu dan tingkap kuasa anti sepit.

Kemaskini yang sudah dijangka merangkumi rekaan bumper baharu depan dan belakang, sistem infotainment dengan kawalan arahan suara, lampu LED dan peningkatan ciri keselamatan.

Bocor: Proton Persona gugurkan manual, transmisi CVT ada SAT macam Saga FLX? 04

Skrin infotainment lebih besar

Selain itu, pilihan varian turut diperkemaskan dengan menggugurkan varian manual. Langkah ini mungkin berkait rapat dengan permintaan terhadap varian ini.

Bocor: Proton Persona gugurkan manual, transmisi CVT ada SAT macam Saga FLX? 05

CVT kekal, manual berambus

Kesemua maklumat yang bocor ini telah mengesahkan mengapa Proton Persona dan Proton Iriz diuji di atas jalan. Sebelum ini, khabar angin mengatakan Proton Persona menggunakan transmisi baharu telah disanggah kepada khabar angin transmisi CVT kekal dengan talaan semula. Maklumat terkini ini nampaknya lebih relevan kerana pandu uji atas jalan tentunya berkaitan dengan aspek trenkuasa.

Berminat dengan Persona:

BOCOR: Proton Persona MC2 2021 tanpa samaran – lampu jenis LED, konsol tengah baru!

Perbandingan: Mana paling luas – Vios, City, Almera, atau Persona?

Diuji: Proton Persona 2019 boleh capai 5 liter / 100 km seperti yang pernah direkodkan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda