Proton Persona pernah mencatatkan kadar penggunaan minyak serendah 5.03 liter / 100 km ketika cabaran Proton 1 Tank Adventure tahun 2019.
Walaubagaimanapun, kadar penggunaan tersebut hanya dapat diperolehi dengan situasi pemanduan yang ekstrem seperti memandu secara perlahan di bahu kiri jalan, penyaman udara ditutup dan macam-macam lagi.
Oleh yang demikian, Wapcar.my mencuba sendiri kadar penggunaan minyak pada Proton Persona ini dengan ujian standard kami.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Seperti biasa, tayar akan dipam mengikut tekanan yang disyorkan oleh pengeluar. Selain itu, tangki minyak berkapasiti 40 liter pada Proton Persona ini juga dipenuhi sehingga 1 klik.
Pemandu uji juga akan memandu seperti biasa pada kelajuan yang sesuai. Kelajuan maksimum dihadkan pada 110 km/j. Penyaman udara juga diarahkan ke bahagian tengah.
Selepas menempuhi jarak 91.9 km dengan pecahan 50% bandar dan 50% lebuh raya, pengisian semula memerlukan sebanyak 7.75 liter minyak petrol, bermakna penggunaan minyak adalah sebanyak 8.4 liter / 100 km.
Lebih menarik, odometer pada panel instrumen menunjukkan purata perjalanan sebanyak 8.5 liter / 100 km. Ini perincian yang baik kerana beberapa model kereta yang lebih mahal menunjukkan bacaan yang tersasar jauh.
Dengan lebih pemanduan lebuh raya, kami berpendapat bahawa kadar penggunaan minyak dapat dikurangkan serendah 7 liter / 100 km.
Namun untuk mendapatkan kadar serendah 5.03 liter / 100 km? Agak sukar dengan pemanduan biasa.
Untuk rujukan, Proton Persona 2019 dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.6 liter NA yang mampu menjana sehingga 109 PS kuasa kuda dan 150 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT yang memacu gandar roda hadapan.
Setakat ini, senarai kereta dengan penjimatan minyak terbaik yang pernah diuji oleh Wapcar.my adalah seperti berikut:
- 2020 Nissan Almera 1.0 VLT - 5.8-liter/100 km
- 2020 Mazda 2 1.5L - 6.2-liter/100 km
- 2020 Honda City 1.5L V - 6.3-liter/100 km
- 2020 Vollkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - 6.5-liter/100 km
- 2019 Perodua Axia 1.0 AV - 6.5-liter/100 km
Senarai penuh: https://www.wapcar.my/car-ranking
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });