Nampaknya, model SUV terlaris dari Toyota iaitu Toyota Corolla Cross bakal menjadi model terbaru yang menerima kelengkapan GR-Sport. Desas-desus ini telah diperkuatkan lagi dengan gambar intipan daripada Taiwan yang diperlihatkan beberapa jam sebelum pelancaran rasmi.
Pada bahagian depan, Toyota Corolla Cross GR-Sport menerima kemaskini pada bahagian bumper. Fasia depan tampil berbeza daripada model pasaran AS dan Jepun. Ia menerima gril hadapan berwarna hitam kilat dengan sisipan honeycomb.
Pada bahagian belakang, Toyota Corolla GR-Sport mengenakan lampu belakang LED jernih, logo GR-Sport yang tersemat di bahagian bawah kanan, dan diffuser belakang yang lebih menonjol. Ia juga menerima warna dua-tona dengan bumbung hitam - berdasarkan gambar intipan yang ditawarkan ini.
Baca: Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza!
Satu-satunya gambar intipan kabin dalaman menyaksikan kerusi dengan kemasan kulit gelap yang dikontraskan dengan jahitan dan perincian berwarna putih. Maklumat mengenai lambang GR yang disematkan di tempat lain masih belum dapat dipericikan.
Malaysia hanya menerima 1 spesifikasi trenkuasa Toyota Corolla Cross tetapi Taiwan menerima 2 pilihan. Yang pertama adalah enjin 1.8 liter NA petrol (140 PS, 172 Nm), diikuti oleh enjin 1.8 liter hibrid petrol-elektrik dengan output sistem gabungan sehingga 122 PS.
Menurut sumber, Toyota Taiwan bakal menampilkan Toyota Corolla Cross GR-Sport 2021 pada malam ini. Adakah ada SUV yang memakai lambang GR-Sport ini bakal menarik minat pembeli?
Baca: Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}