Toyota Hybrid Prius pertama dikeluarkan pada tahun 1997. Ini bermakna, Toyota Hybrid Electric Vehicle (HEV) telah berada di atas jalan raya selama 24 tahun, dan merupakan satu teknologi yang sudah terbukti.
Kini pada generasi ke-4, Toyota Hybrid Electric Vehicle (HEV) akan tampil dengan model yang lebih berkuasa, cekap dan boleh dipercayai daripada sebelumnya.
Sistem Hybrid Toyota Generasi ke-4 memberikan tindak balas pecutan yang luar biasa tanpa sebarang lengah, hasil daripada peningkatan kuasa bateri.
Sistem hibrid Toyota telah dibangunkan untuk mewujudkan keseimbangan terbaik antara ekonomi bahan bakar, prestasi, dan keselesaan yang lebih baik.
Sebelum ini, UMW Toyota Malaysia juga telah melaburkan sehingga RM 270 juta untuk produksi model hibrid di Malaysia. Antara model yang disebut-sebut akan ditawarkan oleh UMW Toyota Malaysia adalah Toyota Corolla Cross Hybrid.
Menariknya, UMW Toyota Malaysia telah mengacah teknologi HEV generasi baharu sebelum Toyota Corolla Cross Hybrid didedahkan. Adakah ini suatu gimik pemasaran sebelum SUV tersebut dilancarkan? Sama-sama kita nantikan. Rujuk laman web Toyota Live Hybrid untuk lebih maklumat lanjut.
Baca: ‘Countdown’ didedah, SUV hibrid Toyota bakal tiba 14 Oktober ini - Corolla Cross Hybrid?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}