Toyota Camry Hybrid terpakai kini RM 80k - sama harga Vios, apa masalah biasa dan kos baik pulih?

Toyota Camry Hybrid pemasangan tempatan (CKD) pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2015, berharga RM 174,900. Ia agak mengejutkan kerana tiada susulan kepada model itu (generasi XV50).

Toyota Camry generasi sekarang (XV70) diimport dari Thailand menyebabkan cukai tempatan meningkatkan lagi harganya. Oleh yang demikian, varian hibrid telah digugurkan.

Berita baiknya ialah tidak seperti Toyota Prius (juga tiada susulan selepas hanya satu generasi), Toyota Camry Hybrid adalah lebih baru justeru masih di bawah waranti 8 tahun UMW Toyota untuk bateri hibrid.

Bateri hibrid Toyota, tidak seperti bateri plug-in hibrid Jerman, tidak terlalu mahal untuk digantikan dan boleh dipercayai dalam jangka masa yang lama.

Memandangkan Camry masih berumur kurang daripada 10 tahun, pinjaman bank masih disediakan, menjadikannya alternatif yang agak baik kepada Toyota Vios baharu (daripada RM 74,623).

Anda boleh memilih sebuah Toyota Camry Hybrid terpakai berusia 5 tahun dengan harga sekitar RM 80k. Pemilik Toyota Camry Hybrid juga akan berbesar hati apabila mengetahui bahawa model ini mengekalkan nilai jualan semula yang lebih baik daripada Honda Accord 2.4 liter yang setara.

2015 Toyota Camry 2.5 Hybrid (XV50) – harga terpakai

Toyota Camry 2.5 Hybrid generasi XV50 dihasilkan oleh subsidiari pemasangan UMW Toyota Motor, Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) di Shah Alam dari tahun 2015 hingga 2018.

Hibrid biasanya tidak mempunyai nilai jualan terpakai yang baik tetapi ada pengecualian untuk Toyota Camry Hybrid. Malah, Toyota Camry Hybrid mengekalkan nilainya lebih baik daripada Honda Accord 2.4L.

Mengapa? Mungkin kerana tidak seperti Prius, nama Camry itu sendiri bernilai dan Toyota Camry generasi sekarang menyaksikan lonjakan besar dalam harga (RM 196,888, sebelum diskaun SST).

Kedua, pengeluaran Toyota Camry Hybrid hanya beroperasi selama 3 tahun sahaja justeru tidak begitu banyak unit yang ada dalam pasaran. Malah, pemilik juga tidak akan tergesa-gesa untuk menjualnya. Siapa yang nak jual kenapa nak jual sebuah sedan yang sedap dipandu dan jimat minyak?

Di atas litar pun Honda Accord masih tidak mampu mengalahkan Camry Hybrid

Dengan 205 PS kuasa kuda, Toyota Camry Hybrid kekal sebagai salah satu sedan segmen D paling berkuasa yang pernah dijual di Malaysia. Walaupun Ford Mondeo mempunyai sehingga 240 PS, Toyota Camry Hybrid mempunyai ketahanan yang jauh lebih baik dari sedan Amerika tersebut.

Harga jualan awal sebanyak RM 175k nampaknya masih boleh dijual pada harga sekitar RM 80k selepas enam tahun, susut nilai 10 peratus yang boleh diterima setiap tahun. Sebagai perbandingan, Honda Accord 2.4 VTi tahun 2015 yang setara dijual pada harga sekitar RM 75k.

2015 Toyota Camry 2.5 Hybrid (XV50) – Spesifikasi dan ciri kelengkapan

Toyota Camry Hybrid dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.5 liter kitaran Atkinson 2AR-FXE DOHC VVT-i (dengan ACIS, Acoustic Control Induction System) yang menghasilkan output gabungan sebanyak 205 PS. Kuasa dihantar ke roda hadapan melalui set gear planetari E-CVT (CVT tanpa tali sawat).

Kelengkapan yang ditawarkan sangat baik antaranya adalah:

  • Lampu depan LED jenis projektor
  • Rim 17-inci
  • Cermin pandangan belakang dengan fungsi malap automatik
  • Tempat duduk hadapan dengan pelarasan kuasa (termasuk suis pelarasan bahu untuk tempat duduk penumpang hadapan – untuk pemanduan bos dengan pemandu)
  • Pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar
  • Pendingin udara automatik dengan pengion nano-e
  • Pelindung matahari belakang pelarasan kuasa
  • Kawalan pelayaran
  • Sistem audio 10 pembesar suara dengan skrin infotainmen 7-inci

Kesemua ciri-ciri ini berada pada tahap yang sangat tinggi walaupun mengikut piawaian 2021.

Bagaimana pula dengan ciri-ciri keselamatan? Masih mantap, termasuk:

  • 7 beg udara
  • Kawalan kestabilan elektronik
  • ISOFIX
  • Bantuan mula daki
  • Pengesan titik buta
  • Sensor tempat letak kereta hadapan dan belakang
  • Tempat duduk hadapan ergonomik yang mengurangkan kecederaan whiplash
  • Isyarat henti kecemasan

Pada akhir tahun 2016, Toyota Camry Hybrid telah dibahagikan kepada dua varian – Premium dan Luxury. Varian Premium lebih murah RM 10,000 tetapi tiada pengecas telefon pintar tanpa wayar, penghawa dingin Nano-e, menggunakan audio 2-DIN biasa (tetapi skrin sentuh 7 inci masih boleh dimiliki sebagai pilihan), dan rim 16-inci.

Varian Luxury menerima peningkatan dengan lampu kabus hadapan LED, rim 17-inci yang berbeza, dan sistem audio 12 pembesar suara.

Patutkah anda membeli Camry berbanding Toyota Vios baharu (atau Honda City)? Sudah tentu sebagai kereta terpakai, ia memerlukan lebih banyak rujukan untuk memastikan kereta yang pernah mengalami banjir, kemalangan teruk, atau kereta dengan odometer telah diubah mampu dielakkan.

Penyelenggaraan dan kos pemilikan

Seperti mana-mana kenderaan terpakai, nilainya akan menyusut dari tahun demi tahun tetapi bukan kos penyelenggaraannya. Oleh itu, walaupun Toyota Camry Hybrid yang berusia 5 tahun ini berharga sama dengan Toyota Vios baharu, ia masih merupakan sedan segmen D yang besar dan pastinya memerlukan kos yang lebih tinggi untuk diselenggara berbanding sedan segmen B ringkas seperti Vios.

Sebagai permulaan, enjin 2.5 liter memerlukan 5 liter minyak enjin. Tayar bagi rim 17-inci (atau 16-inci untuk varian Premium) juga mempunyai kos yang lebih mahal, begitu juga cukai jalan.

Kos penyelenggaraan Toyota Camry Hybrid
Servis Minor
(6 bulan/10k km)
RM 396
(Minyak enjin full-syn)
Servis Major
(2 tahun/40k km)
RM 636
(Minyak enjin full-syn)
Cukai jalan RM 874
Tayar (sebiji) ~ RM 280 (17-inci)
~ RM 260 (16-inci) 

Jika anda menaik taraf daripada sebuah Myvi, kira bajet anda dengan sewajarnya. Jika bajet anda masih sama, maka Toyota Vios (atau Honda City) yang lebih kompak dan ringkas adalah pilihan yang lebih baik untuk anda berbanding Camry.

Masalah Toyota Camry Hybrid serta kos baikpulih

Masalah terbesar bagi Toyota Camry Hybrid tidak ada kaitan dengan sistem hibrid, tetapi rak stereng.

Rak stereng bergegar adalah masalah yang sangat biasa di kalangan model Toyota yang menggunakan stereng kuasa elektrik, terutamanya pada model yang lebih besar dan lebih berat seperti Camry dan Alphard. Walau bagaimanapun, kebanyakan Toyota Camry Hybrid yang dijual hari ini masih terlalu baharu untuk menghadapi masalah ini jangkakan masalah ini yang biasanya muncul sekitar 10 tahun, atau 100,000 km hingga 130,000 km, bergantung pada keadaan jalan yang selalu dipandu.

Simptom bunyi apabila melalui permukaan jalan yang kasar

Memperbaiki keseluruhan rak stereng akan menelan belanja kira-kira RM 3k, tetapi bengkel luar boleh menggantikannya dengan harga yang lebih murah.

Bateri hibrid itu sendiri mampu bertahan dengan baik tetapi ia juga mempunyai jangka hayat perkhidmatan sekitar 10 tahun. Tidak seperti bahagian mekanikal, jangka hayat perkhidmatan bateri dikira berdasarkan kitaran pengecasan/nyahcas, bukan jarak perjalanan.

Oleh itu, tabiat memandu dan keadaan pemanduan adalah lebih penting maka sebab itulah anda boleh mendapati pemilik model hibrid seperti Toyota Prius melaporkan bahawa mereka mampu meliputi lebih 200,000 km dengan bateri asal manakala ada segelintir yang tidak boleh mencecah 100,000 km pun.

Kapasiti but lebih kecil berbanding Camry 2.0G biasa, kebanyakan ruang dimakan oleh bateri NiMh voltan tinggi

Pecutan dan brek yang ringan menjadikan kitaran pengecas/nyahcas kurang tekanan, malah bagi golongan perokok yang memandu dengan tingkap tertutup juga mampu menambahkan tekanan dari segi penyejukan bateri.

Terdapat lubang udara di sebelah tempat duduk belakang untuk menarik udara sejuk sejuk masuk justeru jangan sekat lubang ini. Kipas penyejuk belakang perlu ditanggalkan oleh juruteknik bertauliah untuk pembersihan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Bateri NiMh original baharu akan berharga kira-kira RM 8.5k tetapi pakar hibrid luar mampu memperbaharuinya dengan harga sekitar RM 6k sahaja.

Selalunya, pemilik tidak perlu menukar keseluruhan pek bateri tetapi hanya beberapa sel sahaja di dalamnya. Kos sebenar untuk membaikinya boleh jadi lebih rendah, bergantung kepada bilangan sel yang perlu diganti.

Antara masalah lain yang boleh terjadi adalah titik sentuhan tembaga yang terhakis, boleh diperbaiki dengan mudah oleh juruteknik yang berkelayakan untuk bekerja dengan bateri bervoltan tinggi.

David Tee dari Tee & Tee Auto Electrical And Air-Cond Services Klang Hybrid dan BroSam Hybrid Batteries di Ampang adalah antara pakar yang sering dirujuk untuk kenderaan hibrid.

Pakar seperti Bro Sam Hybrid Batteries boleh membina semula pek bateri dengan sel baharu yang dinaik taraf

Antara masalah biasa lain untuk hibrid ialah pam brek dan penyongsang (inverter) untuk sistem hibrid.

Kegagalan 2 komponen ini agak jarang tetapi ia masih boleh berlaku. Masalah pam brek adalah yang paling biasa, mempengaruhi kereta yang berumur sekitar 10 tahun atau 150,000 km (berdasarkan pengalaman dengan Toyota Prius).

Pusat servis UMW Toyota akan mengenakan caj kira-kira RM 7k untuk komponen (pam brek + accumulator). Namun pakar hibrid yang disebutkan di atas mempunyai pengalaman yang sama pada harga yang lebih rendah.

Inverter untuk model Prius

Kegagalan inverter pula sangat jarang tetapi jika ia berlaku, ia akan menelan kos sehingga RM 15k. Jangan takut, penyelesaian yang lebih murah masih ada. Pakar hibrid boleh memberikan anda unit yang diperbaharui pada separuh harga tersebut dan jika anda pergi ke Tee & Tee, inverter yang telah diperbaharui disertakan dengan waranti selama 1 tahun.

Namun seperti yang dinyatakan di atas, kegagalan jarang berlaku dan Toyota Camry Hybrid turut digunakan sebagai teksi di kebanyakan bandar besar di seluruh dunia kerana kebolehpercayaan dan kos operasi yang rendah.

Ketika artikel ini ditulis, Carsome.my mempunyai satu unit Camry Hybrid 2015 untuk dijual, berharga RM 81,700, sebelum diskaun October Best bernilai RM 7,100.

Harga Carsome adalah seperti yang dipaparkan, tiada caj tersembunyi, dengan jaminan wang dikembalikan 5 hari dan waranti 1 tahun. Satu-satunya bayaran lain yang anda perlukan ialah insurans yang berbeza antara model.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Toyota Camry layari Carsome.my di sini.

Mencari unit model yang lebih terkini agak sukar kerana ia model baharu dan sebagai sebuah Toyota yang boleh dipercayai, kebanyakan pemilik tidak mempunyai alasan untuk menjualnya ketika ini.

Seperti mana-mana kereta terpakai, berhati-hati dengan model dengan odometer yang telah diusik. Dapatkan rekod perkhidmatan penuh sebagai jaminan. Jika pengedar kereta terpakai tidak mahu / tiada, elakkan. Cari unit pemilik terus untuk lebih ketenangan fikiran.

BacaBerminat dengan kereta terpakai tapi risau ‘mileage’ yang palsu? Ini 2 tips mudah untuk periksa!

Sesetengah pengedar kereta terpakai akan memusing odometer kereta sebelum menghantarnya ke pusat servis yang dibenarkan jadi jangan tertipu dengan resit perkhidmatan terkini. Sentiasa periksa rekod perkhidmatan penuh, bermakna sejak perkhidmatan pertama kenderaan tersebu keluar dari bilik pameran.

Baca: Ada RM 200k, baik beli Toyota Camry, Honda Accord atau Mercedes-Benz C200 terpakai?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Camry

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2023 Toyota Camry Facelift Review in Malaysia, Here Today, Gone Tomorrow?

2020 Honda Accord 1.5 TC-P vs. Toyota Camry 2.5V Comparison Review, Which is The Better Boss Car?

2019 Toyota Camry 2.5V Review, Why Settle for A BMW 318i?!

2023 All New Toyota Camry 2.5L Dynamic Force Engine

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Toyota Camry
Cek Lebih