window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit!

Mersita · Jan 4, 2022 05:35 PM

Perodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit! 01

Perodua menutup tirai 2021 dengan jumlah jualan sebanyak 22,940 unit kenderaan pada Disember lalu, naik 11.5% dari bulan sebelumnya bilamana syarikat itu berjaya menjual 20,299 unit pada November 2021. Namun, jumlah jualan tahun ini tidak mencapai sasaran.

Sepanjang tahun 2021, Perodua hanya dapat menjual 190,291 unit kenderaan, lebih rendah dari sasaran. Lebih mengejutkan, jualan pada 2020 adalah lebih baik dengan 220,154 unit terjual atau 13.5% lebih tinggi berbanding tahun 2021.

Perodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, berkata, jumlah pendaftaran 190,291 ini berada di bawah sasaran syarikat iaitu 200,000 unit untuk tahun 2021 kerana cabaran yang ditempuh pada 2021 ternyata lebih besar dari sangkaan.

Perodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit! 01

Walau demikian, Perodua Myvi kekal sebagai model paling laris dalam keseluruhan pasaran Malaysia dengan 47,525 unit terjual. Ini diikuti oleh Perodua Axia dan Perodua Bezza yang mendominasi pasaran kereta segmen A.

Baca juga: Tempoh tunggu Perodua Myvi facelift 2022 (AV) cecah 4 bulan, penghantaran cepat untuk 2022

Perodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit! 02

“Walaupun prestasi tidak mencapai jangkaan pada 2021, langkah yang diambil untuk menampung impak Covid-19 telah terbukti berkesan setakat ini.

"Syarikat dan pihak pembekal terus bekerjasama dan menyelaraskan usaha kami bagi memastikan gangguan dapat dikurangkan,” tambahnya.

Perodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit! 03

Pada Disember, Perodua menetapkan sasaran jualan sebanyak 240,000 unit untuk 2022, namun angka ini mungkin akan dikaji semula pada bulan ini dengan pertimbangan keatas perkembangan serta kejadian semasa, katanya lagi.

Baca juga: 14,000 tempahan untuk Perodua Myvi 2022 dalam masa 2 minggu, separuh ‘convert’ dari pra-FL

Perodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit! 04

Berkenaan program Bantuan Banjir Perodua, Dato Zainal berkata kira-kira 1,675 pemilik telah menyertainya dan kenderaan-kenderaan terlibat kini sedang diperiksa di pusat servis Perodua di seluruh negara.

"Keutamaan kami sekarang ialah untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat insuran dan juga rakan niaga lain bagi mempercepatkan sebarang proses kelulusan yang diperlukan untuk membaik pulih kenderaan terjejas banjir," katanya.

Baca juga: Banjir: Perodua naikkan diskaun alat ganti kepada 50%, khidmat tunda dan buruh percuma - PM

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda