UMW Toyota sebentar tadi baru sahaja mendedahkan spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid ke pasaran Malaysia. Varian teratas buat penawaran Corolla Cross yang dipasang di kilang Bukit Raja, Shah Alam (CKD) ini ditawarkan pada anggaran harga RM 137,808 (harga atas jalan, tanpa insurans).
Pada bahagian luar, Corolla Cross Hybrid hadir eksklusif dengan lencana Toyota yang berwarna biru bagi menandakan bahawa ia sebuah hibrid. Bercakap mengenai ini, emblem 1.8 G atau 1.8 V yang ada pada bahagian belakang juga diganti dengan tulisan ‘HYBRID’. Malah, lampu Bi-LED yang dispesifikasikan juga ada elemen berwarna biru.
Sebagai varian teratas, Corolla Cross Hybrid memperagakan rim 18 inci yang sama seperti varian pertengahan 1.8 V. Istimewa untuk model ini adalah pilihan warna Celestite Grey Metallic.
Satu perkara yang anda mungkin anda tidak tahu sebelum ini ialah Corolla Cross versi CKD lengkap sekali dengan rel bumbung dan cermin depan jenis akustik.
Beralih pada bahagian kabin, Corolla Cross Hybrid tampil unik dengan kluster instrumen separa digital bersaiz 7 inci dan ia akan mengubah warna sekiranya pemandu menukar ke mod SPORT atau ECO melalui butang DRIVE MODE di konsol tengah.
Dalam masa yang sama, terdapat butang EV Mode untuk pemanduan elektrik sepenuhnya dan karpet bahagian dalam yang digunakan juga ada aksen warna biru.
Walaupun ia sebuah hibrid, kapasiti but belakangnya masih kekal pada 440 liter kerana bateri hibrid diletakkan di bawah tempat duduk belakang.
Apapun, tayar ganti jenis jimat ruang tetap didatangkan.
Selain daripada itu, Corolla Cross Hybrid tampil dengan ciri yang serupa dengan varian 1.8 V. Antaranya seperti:
Corolla Cross Hybrid dikuasakan oleh gabungan enjin 1.8L 2ZR-FXE berkitaran Atkinson (98 PS, 142 Nm) dan motor elektrik (53 PS, 163 Nm). Sistem ini menghembuskan 122 PS dan kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi e-CVT.
Untuk aspek ciri keselamatan, SUV segmen C berkuasa hibrid ini dilengkapkan dengan sistem bantuan keselamatan autonomi Toyota Safety Sense yang mana ia merangkumi:
Secara amnya, Corolla Cross Hybrid datang dengan waranti yang berkait dengan hibrid selama 8 tahun tanpa had perbatuan. Ia boleh dilanjutkan lagi 2 tahun dengan kos RM 2,950. Pembeli yang berminat boleh melihat pelancaran ataupun terus ke bilik pameran Toyota seluruh negara bermula 14 Januari ini.
Juga baca: SAH: Toyota Corolla Cross Hybrid bakal dilancar ke Malaysia 14 Jan 2022, dari RM 137k, CKD
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}