window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat!

Haris · Nov 21, 2020 11:59 AM

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 01

Bila bercakap tentang industri automotif, tentu beberapa mitos, sentimen atau khabar angin kedengaran dari cakap-cakap orang. Sudah tentu, seorang jurutera memandang kereta dari sudut pandang berbeza daripada orang biasa, mekanik bengkel mahupun orang kaya. Namun begitu, beberapa perkara mengenai cakap-cakap ini sudah terbukti salah tetapi masih disebut-sebut orang.

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 02

Bukan mitos tapi lagenda

Oleh itu, di sini kami senaraikan beberapa mitos yang salah tetapi masih terbenam dalam pemikiran orang-orang yang dangkal.

1. Kereta Jerman lebih baik daripada kereta Jepun dan Korea

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 01

Timur dan barat memegang nilai yang berbeza. Itu adalah hakikatnya tetapi dalam dunia globalisasi ini, sesetengah perkara dijuarai oleh Barat manakala sesetengah lagi perkara masih Timur yang menjadi jaguh.

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 02

Kereta Jerman mungkin dilihat jauh lebih baik berbanding kereta Jepun dan Korea kerana syarikat Jerman pandai memasarkan produk mereka. Ambil contoh, enjin hybrid. Ketika pengeluar Jepun memasarkan enjin hybrid, mereka mengatakan bahawa kereta anda akan lebih jimat minyak, pergi lebih jauh dan sebagainya.

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 03

Kedua-duanya hybrid

Syarikat Jerman pula, menggunakan enjin hybrid untuk memberikan lebih power! Sekarang, yang mana satu kedengaran lebih mengujakan? Adakah ini bermakna Jepun membuat hybrid yang lebih baik berbanding Jerman? Tidak begitu tepat. Kedua-duanya mempunyai sasaran pasaran yang berbeza untuk imej yang berbeza.

2. Semua kotak gear CVT tidak baik

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 04

Bukan semua tetapi segelintir sahaja kotak gear CVT yang kurang memuaskan. Prejudis terhadap transmisi CVT mungkin banyak ditimbulkan oleh model yang menggunakan Punch CVT. Model-model ini masih banyak di atas jalanraya dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pandangan umum.

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 05

Antara CVT terbaik

Pujian harus diberikan kepada beberapa pengeluar seperti Toyota dan Subaru kerana menghasilkan kotak gear CVT yang bagus. Selain daripada 2 jenama tersebut, Honda juga mempunyai transmisi CVT yang agak baik. Transmisi CVT memang ada kelemahan dan kebaikan tersendiri tapi tak perlu sampai merendah-rendahkan kereta dengan transmisi CVT.

3. SUV lebih selamat berbanding sedan

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 06

SUV terbalik

Dengan posisi pemanduan yang lebih tinggi, SUV ternyata memberikan lebih keyakinan kepada pemandu berbanding sedan. Keyakinan inilah yang sering dikaitkan dengan keselamatan.

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 07

Sedan tak terbalik

Sebagai perbandingan, SUV tidaklah lebih teruk berbanding sedan. Memang SUV mencatatkan markah yang tinggi untuk pelanggaran hadapan tetapi pelanggaran dari bukanlah senario kemalangan yang selalu dihadapi. Markah untuk impak sisi (side impact) lebih memberikan pandangan yang menyeluruh kerana kereta dilanggar pada kedudukan pegun. 

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 08

Bacaan lanjut: HR-V terbalik langgar Persona

Ambil contoh Honda CR-V dan Honda Accord, kedua-duanya mencatatkan markah yang sama untuk faktor impak sisi. Secara statistik, lebih banyak pelanggaran dari belakang di mana kereta dalam keadaan pegun disondol dari belakang dan daripada markah ASEAN NCAP, SUV dan sedan lebih kurang sahaja.

4. Timing chain lebih baik berbanding Timing Belt

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 09

Sebuah persoalan yang paling hangat. Seolah-olah, yang satu ni jauh lebih baik dari yang lagi satu. Perbandingan yang dah macam tak ada pedoman. 

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 10

Pandangan yang lebih terbuka diperlukan dalam hal ini. Topik sensitif ini perlu dibahaskan dengan wajar. Secara amnya, kedua-dua penggunaan Timing Chain dan Timing Belt adalah berdasarkan situasi.

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 11

Timing chain tahan lebih lama berbanding timing belt, tapi ia lebih mahal sedikit. Kos yang lebih rendah adalah sebab utama bagi penggunaan timing belt pada kereta. Kedua-duanya boleh haus dan terlepas dari gigi gear enjin tetapi timing belt mempunyai risiko lebih tinggi jika tidak ditukar mengikut perbatuan yang ditetapkan. Nak tahu lebih lanjut?

4 mitos popular tentang kereta yang kurang tepat! 12

Irv Gordon rileks tak gaduh. Ini tips beliau

Akhir sekali, penggunaan kedua-dua jenis timing ini adalah bergantung kepada situasi. Apa yang lebih penting, tiada kelebihan prestasi atau kecekapan petrol antara kedua-dua jenis timing ini, mungkin hanya ketahanan.

Apa apa yang tak puas hati boleh bergocoh di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda