window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia?

Haris Β· Feb 5, 2022 11:59 AM

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 01

  • Wigo mendapat enjin 1.2 liter yang lebih berkuasa
  • Android Auto dan Apple CarPlay sebagai standard
  • Axia menawarkan ASA 2.0 dan kawalan kestabilan, kedua-duanya tada pada Wigo

Hatchback Oren Metalik comel yang anda lihat di sini dipanggil Toyota Wigo dan ia adalah saudara jauh kepada Perodua Axia yang ada di pasaran Malaysia.

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 02

Toyota Wigo spesifikasi Vietnam diimport (CBU) dari Indonesia dan mula dijual di sana pada pertengahan tahun 2021. Harga bermula dari VND 352 juta (~RM 65k) untuk varian manual, manakala varian automatik berharga dari VND 385 juta (~RM 71k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 01

Berbanding dengan Axia khas Malaysia, Toyota Wigo mendapat gril berbentuk pentagon terbalik yang lebih besar, dengan lambang Toyota terletak betul-betul di atas gril. Kedua-dua Wigo dan Axia menggunakan lampu depan projektor tetapi reka bentuk lampu depan Wigo kelihatan lebih agresif.

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 02

Reka bentuk bahagian belakang Wigo juga lebih menarik daripada Axia, dengan sepasang lampu ekor bermotif L dengan pemantul tambahan. Bampar juga mendapat pemantul yang diletakkan mendatar, diapit keliling dalam warna hitam.

Tidak seperti Axia, Wigo (serta kembar Agya dan Ayla) tidak mendapat butang pembuka but belakang; untuk membuka but belakang, anda perlu menggunakan kunci sahaja.

Baca: Perodua Axia (Toyota Agya) di Afrika Selatan ada Android Auto, Apple Carplay! Menarik?

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 03

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 04

Melangkah masuk ke dalam kabin, Toyota Wigo menawarkan sokongan untuk Android Auto dan Apple CarPlay melalui unit infotainment skrin sentuh 7-incinya. Wigo juga menawarkan sistem penyaman udara digital yang lebih mirip dengan Perodua Myvi, walaupun dengan butang kawalan yang sedikit.

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 05

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 06

Menjana kuasa Toyota Wigo ialah enjin 4-silinder 1.2 liter aspirasi semula jadi petrol yang menghasilkan 87 PS dan 108 Nm, dihantar ke roda hadapan sama ada melalui transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Angka tersebut jauh lebih berkuasa berbanding Axia, yang menghasilkan 68 PS dan 91 Nm daripada enjin 3 silinder 1.0 liter yang lebih kecil.

Baca: Toyota Agya TRD – saudara kembar Perodua Axia di Indonesia!

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 07

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 08

Namun, bukan semuanya kelebihan untuk model Toyota. Perodua Axia menewaskan Wigo ini dengan suite keselamatannya.

Jangankan suite ASA 2.0 yang mempunyai fungsi AEB untuk Axia, trio Wigo/Agya/Ayla langsung tidak mempunyai ciri asas seperti kawalan kestabilan. Kiraan beg udara hanyalah berjumlah 2 sahaja untuk semua model.

Baca: Perodua A.S.A: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), apa yang penting sangat?

Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia? 09

Hal ini menimbulkan tanda tanya, antara Toyota Wigo dengan Perodua Axia, yang mana satu jadi pilihan? Anda pilih rekaan agresif, kuasa dan ciri terkini berbanding keselamatan?

Baca: Perodua Axia serba baru mungkin dilancarkan seawal 2023, kod nama D74A

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda