window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa Perodua Alza 2022 D27A nanti tidak dinamakan 'Alza' lagi? Jom teka nama barunya

Mersita · Feb 23, 2022 06:00 PM

Kenapa Perodua Alza 2022 D27A nanti tidak dinamakan 'Alza' lagi? Jom teka nama barunya 01

Lakaran oleh Theottle
  • Ura-ura mengatakan Alza baru akan guna nama lain
  • Nama baru itu akan menggambarkan rupa bentuk baru yang lebih premium bagi MPV 7 tempat duduk berkenaan
  • Perodua belum menanda-dagang sebarang nama baru, semuanya bergantung pada nama berdaftar sedia ada

Perodua Alza sudah berada di pasaran sejak 2009 lagi dan ia merupakan antara kereta baru paling lama dijual di pasaran Malaysia. Lihat saja spesifikasinya, ia ternyata agak lapuk berbanding kereta baru yang lain. Namun, menjelang April 2022 nanti, model Alza terkini akan dihentikan produksinya dan akan digantikan dengan model serba baru.

Tapi, khabar angin mengatakan model baru ini tidak akan menggunakan plat nama Alza.

Walau dengan nama lain sekalipun, adakah ini akan membuatkan segala kualiti Alza yang digemari ramai akan turut berubah? Adakah ia masih selesa dan praktikal seperti Alza yang kita kenali selama ini?

Kenapa Perodua Alza 2022 D27A nanti tidak dinamakan 'Alza' lagi? Jom teka nama barunya 02

Usia Alza sudah mencecah 13 tahun. Dulu hantar budak ke sekolah rendah, sekarang dah masuk SMK pula

Perlu diingatkan perubahan nama ini masih lagi belum dimuktamadkan. Yang pasti hanyalah ‘Alza’ serba baru nanti akan berlandaskan Daihatsu Xenia baru; membuatkannya model kedua dalam barisan Perodua yang akan menggunakan platfrom DNGA selepas Perodua Ativa. Toyota Avanza generasi seterusnya juga akan dibangunkan berlandaskan Xenia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti yang anda boleh lihat menerusi gambar disebarkan di media sosial dan juga lakaran hasil tangan artis visual Theottle di atas, Xenia memaparkan rupa bentuk ala-SUV yang lebih tinggi dan sasa berserta perincian badan lebih menonjol.

Ini akan memposisikan Alza baru dalam kategori MPV mini 7 tempat duduk ala-SUV yang baru-baru seperti Mitsubishi Xpander dan Honda BR-V, tidak ketinggalan juga Avanza baru nanti.

Alza berlandaskan Xenia ini nanti bukan saja akan merubah bentuk Alza sekarang yang rendah dengan rekaan konvensional, namun ruang dalaman Xenia juga akan membawa perubahan amat besar dari segi penghalusan dan teknologi di dalam model Alza akan datang nanti.

Kenapa Perodua Alza 2022 D27A nanti tidak dinamakan 'Alza' lagi? Jom teka nama barunya 01

Oleh itu, masuk akallah sekiranya nama Alza digugurkan kerana segala perubahan kosmetik dan kelengkapan ini akan membawa persona lebih premium kepada model baru itu nanti. Dalam erti kata lain, ia akan menjadi kelahiran semula MPV 7 tempat duduk mampu-milik ini.

Malah, UMW Toyota dikatakan akan menggugurkan nama Avanza untuk model generasi serba barunya nanti; menggantikannya dengan nama lebih enak didengar iaitu Veloz.

Baca juga: UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin!

Siasatan kami menunjukkan yang Perodua belum mendaftarkan sebarang nama baharu baru-baru ini. Ini menunjukkan yang mereka akan menggunakan nama yang ditanda-dagang sedia ada.

Hasil siasatan kami, MyIPO telah mendedahkan yang Perodua telah menanda-dagang beberapa patah nama lain selain daripada Ativa. Nama-nama yang dimaksudkan ialah:

  • Axeda
  • Myca
  • Lasaq
  • Impax

Kenapa Perodua Alza 2022 D27A nanti tidak dinamakan 'Alza' lagi? Jom teka nama barunya 02

Apa kata, kita kaji keempat-empat nama ini dan mana satu yang akan digunakan untuk model pengganti Alza nanti? Di masa dahulu, Perodua menggunakan kaedah lebih langsung dengan menggunapakai beberapa nama Bahasa Melayu untuk model-model keluarannya.

Dari kaedah ini, lahirlah model-model seperti Kancil, Kelisa, Rusa, dan Kembara. Lama-kelamaan, model-model lebih baru bunyinya lebih moden dan lahirlah model seperti Myvi, Axia, dan Viva.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, Perodua menggunakan kaedah homofon (ejaan lain, bunyi serupa dengan perkataan generik) dalam penamaan model mereka; contohnya Aruz dan Bezza.

Kenapa Perodua Alza 2022 D27A nanti tidak dinamakan 'Alza' lagi? Jom teka nama barunya 03

Daihatsu Boon Luminas dahulu menjadi kereta penderma Alza, namun ia digugurkan pada 2008 susulan prestasi jualannya yang lemah di Jepun. Sejak itu, tiada lagi Alza baru dikeluarkan.

Antara empat nama yang ditanda-dagang di atas, Lasaq dan Impax nampak gayanya menyerupai kaedah penamaan homofon yang dipraktikkan. Dalam hemat kami, Myca bunyinya kurang padan dengan MPV baru itu nanti dan bunyinya lebih sesuai untuk kereta bersaiz lebih kecil.

Oleh yang demikian, satunya-satunya nama dari senarai di atas yang besar kemungkinannya akan digunakan mengikut strategi ini ialah Axeda. Bunyinya agak padan dengan Ativa. Maka, nama dari senarai berkenaan yang bunyinya cukup sesuai ialah Axeda.

Apa kata anda pula, masuk akal walaupun ini hanya tekaan awal? Jom komen pendapat anda di FB WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda