window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka

Faisal · Mar 17, 2022 02:00 PM

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka 01

  • Mercedes-Benz EQS 2022 sudah ada dalam laman Mercedes-Benz Malaysia
  • Mungkin ditawarkan sebagai EQS 580
  • Harga lebih mahal daripada S-Class S580e?

Sekitar sebulan yang lalu, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua kereta elektrik (EV) pada tahun ini.

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka 02

Yang pertama adalah Mercedes-Benz EQA dan ia baru sahaja dilancar pada minggu lepas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaMercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka 01

Untuk model kedua, ia mungkin merujuk kepada Mercedes-Benz EQS memandangkan pendaftaran minat untuk model EV teratas Mercedes ini sudahpun dibuka untuk pembeli.

Varian mana yang akan ditawarkan di Malaysia?

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka 02

Model di pasaran Thailand.

Secara global, Mercedes-Benz EQS 2022 hadir dengan beberapa pilihan motor elektrik, dari 292 PS buat varian EQA 350 hinggalah ke 761 PS pada varian AMG EQS 53.

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka 03

Spec pertengahan, EQS 450+ mungkin tidak ditawarkan di Malaysia.

Untuk Malaysia, memandangkan ia akan jadi model EV teratas buat MBM, kita mungkin akan dapat varian EQS 580 terus. Ia mempunyai 523 PS/855 Nm dan prestasi sebanyak ini dihidupkan oleh pek bateri 107.8 kWj.

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka 04

Model di pasaran Thailand.

Menurut Mercedes-Benz, EQS 580 boleh pergi sejauh 676 km (kitaran WLTP).

Juga bacaSAH: Harga Mercedes-Benz S-Class W223 2022 di Malaysia bermula dari RM 698,744

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka 05

Model di pasaran Thailand.

Berapa lama untuk mengecas?

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka 06

Kalau anda guna pengecas AC 11 kW, ia akan mengambil masa 10 jam untuk penuh.

Pengecasan pantas DC pula boleh pergi sehingga 200 kW. Untuk yang ini, mengecas dari 0 – 80% hanya mengambil masa 31 minit.

Berapa harga EQS nanti?

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka 07

Model di pasaran Thailand.

Untuk pasaran di rantau ini, Thailand telah mengesahkan bahawa mereka akan memasang EQS (CKD) dalam tahun ini juga. Apapun, harga EQS di sana belum lagi diumum.

Juga bacaMercedes-Benz nak pasang EV mewah EQS di Thailand, Malaysia terpinggir?

Mercedes-Benz EQS 2022 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, tempahan kini dibuka 08

Model di pasaran Thailand.

Sebagai perbandingan, Mercedes-Benz S-Class S580e 2022 di Malaysia berharga RM 698,744. Jadi, harga EQS mungkin bermain dalam julat itu.

Setakat ini, masih belum dapat disahkan sama ada MBM akan menimport EQS dari Thailand atau Jerman. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.

Juga bacaSelepas Thailand, Mercedes-Benz EQS bakal dilancar ke Indonesia - tauke di Malaysia ketinggalan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mercedes-Benz EQS AMG 53 4MATIC+

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia