Toyota AE86, peminat kereta yang menonton siri Initial D pasti kenal akan legenda ini. Secara teknikal, ia hanyalah sebuah model rakyat iaitu Corolla Levin atau Sprinter Trueno pada masa itu. Tetapi itu zaman dahulu. Kalau sekarang, sedan rakyat seperti ini mungkin dikaitkan dengan sedan marhaen seperti Vios.
Juga baca: Barang Rare: Toyota Corolla Sprinter Trueno edisi pertama 1972 macam baru!
Jadi bagaimana rupanya kalau tema Initial D yang ikonik ini diterapkan pada Vios 2023?
Baru-baru ini, saudara kami dari Autofun ID telah mengeluarkan satu lakaran yang menampilkan sebuah Vios 2023 dengan tema initial D. Berdasarkan apa yang dapat dilihat, ia nampak cukup kena dan betul-betul menggamit memori.
Walaupun Toyota GR86 atau model pendahulunya GT86 dikatakan sebagai pewaris kepada AE86, pasti ramai yang lebih meminati siri 86 ini sebagai kereta konvensional, bukannya badan sportscar kerana di situlah lahirnya legenda ini.
Juga baca: Mana peminat Initial D? UMWT bakal melancarkan Toyota GR86 2022 serba baru tidak lama lagi
Jadi, kalau tak dapat gaya badan seperti itu lagi, pakai Toyota Vios pun boleh kan? Lagipun, pelekat Initial D ini tidak sukar untuk dibuat. Pandai cari, pasti dapat.
Apa kata geng-geng Vios?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}