P.T Toyota Astra Motor Indonesia hari ini tampil dengan Toyota Innova 2022, MPV 7-penumpang baharu dalam barisan produknya. Kehadiran Toyota Innova 2022 sangat ditunggu-tunggu dalam pasaran MPV kerana faktor kebolehpercayaan dan jenama yang mempunyai peminat yang tegar di seluruh dunia.
Toyota Innova dijangka masih berada di bawah harga RM 200k tetapi dengan kelengkapan yang premium. Varian 2023 Toyota Innova Zenix baharu adalah seperti berikut:
Baca: 2023 Toyota Innova Zenix acah "sunroof" - corong pendingin hawa atas, pelancaran minggu depan!
Model generasi baharu ini menggunakan platform DNGA dan kini menggunakan pacuan roda hadapan. Ia juga tampil dengan 2 set enjin baharu iaitu enjin 2.0 liter yang hadir dalam bentuk aspirasi semula jadi (M20A-FKS) dan hibrid (M20A-FXS).
Untuk varian hibrid, dua motor elektrik dipasang pada kedua-dua roda hadapan. Transmisi automatik 6-kelajuan dan manual sudah digugurkan kali ini; digantikan dengan transmisi automatik CVT mulai sekarang.
Pada bahagian hadapan, Toyota Innova generasi baharu dilihat menampilkan gril besar berbentuk pentagon yang diapit lampu hadapan tirus, tidak jauh berbeza dengan Toyota Corolla Cross. Terdapat juga sepasang sepasang LED tipis yang terletak di bawah lampu depan. Keseluruhan rekaan adalah berdasarkan tema "Innovative Multipurpose Crossover" yang menjawab bagaimana rekaannya kini lebih mirip kepada sebuah SUV.
Toyota Innova baharu 2023 mengenakan perincian yang lebih menarik. Rupa premium ini disempurnakan oleh rim 18-inci serta varian atas mengenakan bumbung suria.
Bergerak ke bahagian dalaman pula, ia mendapat upholsteri kulit berwarna hitam sepenuhnya. Terdapat pendingin hawa untuk penumpang baris kedua dan terakhir.
Baris kedua tampil menarik; ia mengekalkan 'Captain Seat' dengan upholsteri Ottoman, tambahan tempat letak kaki, meja dan cawan fleksibel di tengah untuk varian teratas Q HV. Terdapat juga skrin untuk penumpang di baris kedua, sesuatu yang baharu pada Toyota Innova Zenix.
Untuk ciri-ciri keselesaan pula, terdapat gugusan instrumen digital dan sistem infotainmen 10-inci skrin sesentuh jenis terapung yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Fungsi AA dan AC tanpa wayar telah hadir ke model Toyota Veloz justeru mungkin Innova pasaran Malaysia akan menawarkan ciri ini.
Aspek keselamatan pula ditampung oleh ciri-ciri standard seperti 6 beg udara, 4 sensor tempat letak kereta (2 hadapan, 2 belakang), kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), kawalan daki bukit (HAC) dan brek ABS + EBD.
Suite ADAS Toyota Safety Sense pula menyenaraikan ciri-ciri seperti:
5 warna yang ditawarkan adalah Platinum White Pearl, Silver Metallic, Grey Metallic, Attitude Black dan Dark Steel.
Toyota Innova generasi baharu dijangka akan menyusul di Malaysia pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Pastinya ia tidak akan berada pada masa terdekat dengan projek pemasangan tempatan (CKD) mengambil sedikit masa untuk dimulakan. Adakah ia akan mula menjadi MPV kegunaan korporat dengan rekaan baharu ini?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}