window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru XV facelift dilancarkan di Jepun; Gril baru, e-Active Shift Control

Mersita · Sep 14, 2020 10:00 AM

Subaru XV facelift dilancarkan di Jepun; Gril baru, e-Active Shift Control 01

Subaru XV 2020 facelift baharu telah dilancarkan secara rasmi di Jepun – didatangkan dengan warna Plasma Yellow Pearl baharu, bahagian hadapan kereta baharu, dan juga kelengkapan baharu yang dipanggil e-Active Shift Control untuk varian hibrid sederhana. SUV ini dijangka akan mula dijual pada bulan Oktober 2020 di sana.

Subaru XV facelift dilancarkan di Jepun; Gril baru, e-Active Shift Control 02

Dari sisi hadapan, XV ini menonjolkan gril hadapan baharu dan bampar hadapan yang direka semula, manakala bahagian belakang SUV ini kekal sama. Ia juga didatangkan dengan tayar 17 inci atau 18 inci dengan rim aluminium baharu. Perincian baharu paling utama untuk bahagian luar kereta ini ialah pengenalan warna baharu iaitu Plasma Yellow Pearl.

Subaru XV facelift dilancarkan di Jepun; Gril baru, e-Active Shift Control 03

Naik-taraf dari segi enjinnya termasuklah kawalan peralihan gear adaptif baharu yang dikenali sebagai e-Active Shift Control. Kawalan peralihan gear baharu ini hanya boleh didapati dalam varian hibrid sederhana e-boxer.

Subaru XV facelift dilancarkan di Jepun; Gril baru, e-Active Shift Control 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain dari itu, Subaru juga telah menala semula suspension XV ini untuk mempertingkatkan kelenturan dan 'sportiness' SUV ini.

Subaru XV facelift dilancarkan di Jepun; Gril baru, e-Active Shift Control 01

Subaru juga telah mempertingkatkan lagi bahagian dalaman SUV ini dengan tambahan material lembut atau ‘soft-touch’ di pelbagai ruang dalamannya manakala kerusinya juga boleh dinaik-taraf jika pemiliknya mahukan balutan kulit.

Subaru XV facelift dilancarkan di Jepun; Gril baru, e-Active Shift Control 02

Peningkatan dari segi keselamatan juga termasuklah Monitor Pandangan Depan untuk membantu meluaskan lagi sudut pandangan pemandu dalam situasi penglihatan terhad.

Subaru XV facelift dilancarkan di Jepun; Gril baru, e-Active Shift Control 03

Kamera di bahagian hadapan kereta ini akan memaparkan pemandangan 180 darjah di dalam monitor di bahagian atas di dalam kereta ini supaya pemandu boleh dapatkan pemandangan yang lebih jelas di sekeliling mereka. Ini membantu pemandu untuk mengemudi kereta dengan lebih mudah, contohnya keluar dari lot parkir atau membelok di simpang.

Di Malaysia, TC Subaru telah melancarkan Subaru XV generasi sekarang pada tahun 2018. XV ini hanya diberi naik-taraf infotainmen pada varian GT awal tahun ini. Apa kata anda? Anda suka gril hadapan baharu XV ini?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda