Segala yang anda perlu tahu mengenai Proton X50 2020. Terpesona?

Selain menjadi antara kereta yang terhangat untuk dilancarkan pada tahun ini, ia juga merupakan model yang bakal mengikuti kejayaan Proton X70. Perbezaan varian pada Proton X50 adalah seperti di bawah:

Perbezaan Proton X50 dengan saudara Geely Binyue/Coolray?

Pada bahagian luar, Proton X50 menampakkkan perbezaan melalui rekaan gril Infinite Weave dan logo harimau Proton yang berbentuk bulat. Selain daripada itu, ia kelihatan serupa dengan Geely Binyue Sport terutama pada sentuhan warna dua tona.

Pada bahagian dalam pula, X50 berbeza dengan saudaranya melalui ciri penyaman udara di bahagian belakang dan 2 port USB. Untuk maklumat anda, ciri-ciri ini tidak didatangkan sama sekali oleh saudaranya.

Tidak seperti X70 yang diimport pada mulanya, Proton X50 dipasang terus dari kilang Proton di Tanjung Malim.

Ia turut menerima talaan dan sentuhan daripada Proton untuk sistem suspensi dan pengendalian.

Berdasarkan ujian kami pada Proton X70, kualiti binaan tidak menjadi persoalan untuk model CKD.

Enjin?

Proton X50 didatangkan dengan 2 plihan enjin melalui 4 varian. Salah satu daripadanya ialah enjin 1.5 liter turbo MPI dengan suntikan multi-point. Ia menghasilkan 150 PS dan 226 Nm tork. Enjin ini didatangkan pada varian 1.5T Standard, 1.5T Executive, dan 1.5T Premium.

Varian tertinggi 1.5 TGDI Flaghsip didatangkan dengan format yang sama tetapi dengan suntikan terus (direct injection). Ia menghasilkan 177 PS dan 255 Nm tork.

Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Dari segi komponen dan nisbah gear, ia merupakan transmisi yang sama pada X70. Namun demikian, Proton menyatakan bahawa X50 mendapat talaan yang berbeza.

Untuk maklumat anda, kedua-dua enjin mempunyai sususan 3-silinder dimana ia menjanjikan lebih penjimatan bahan api, prestasi, dan mesra alam.

Penggunaan bahan api?

Proton menyatakan bahawa X50 mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 6.4 liter / 100 km. Walaupun masih dalam proses untuk mendapatkan penarafan Energy Efficient Vehicle (EEV), angka ini jelas lebih baik daripada Honda HR-V RS yang berupaya mencatatkan bacaan 7 liter / 100 km.

Pilihan warna?

Proton X50 didatangkan dengan 6 pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange, dan Passion Red.

Varian Flagship pula mendapat sentuhan warna dua tona dimana ia mendapat kemasan bumbung yang berwarna hitam.

Sistem infotainment – Android Auto / Apple CarPlay?

Sistem infotainment sesentuh 8 inci didatangkan pada varian 1.5T Standard dan Executive manakala varian Premium dan Flagship didatangkan dengan saiz 10.25 inci. Untuk maklumat anda, ia dikuasakan oleh peranti GKUI 19 oleh Geely yang menjanjikan penggunaan yang lebih pantas dan pintar.

Namun begitu, sokongan Apple CarPlay dan Andoid Auto tidak didatangkan. Nampaknya anda harus menggunakan Mirror Link.

Sistem arahan suara “Hi Proton” didatangkan standard pada semua varian dan seperti X70, pengguna hanya perlu bercakap untuk mengawal fungsi dalam kabin seperti suis bumbung suria (panoramic sunroof), suis tingkap, menukar radio dan musik, serta mendapatkan maklumat cuaca.

Sistem keselamatan?

Proton X50 menerima sistem bantuan keselamatan (ADAS) yang penuh seperti:

  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Forward Collision Warning
  • Adaptive Cruise Control
  • Intelligent Cruise Control
  • Lane Departure Warning
  • Lane Keep Assist
  • Blind-spot Monitoring System
  • Tyre Pressure Monitoring System
  • Kamera 360-darjah
  • Sistem parkir automatik (Park Assist)

Namun begitu, hanya varian Flagship yang menerima kesemua sistem ini. Pada masa yang sama, Semua varian didatangkan standard dengan 6 beg udara dan 4 beg udara untuk varian yang paling bawah.

Harga?

Proton belum mengumumkan sebarang harga namun kami menganggarkan bahawa ia berada dalam sekitar RM 80,000 hingga ke RM 100,000. Tempahan pula boleh dibuat bermula 16 September 2020 di seluruh negara.

Dengan julat harga sebegini, kami menjangkakan bahawa ia akan mengungguli pasaran yang selama ini didominasikan oleh Honda HR-V. Perkara ini telahpun dilakukan oleh Proton X70 yang berjaya mengungguli SUV segmen C.

Dengan itu, bagaimanakah pengalaman memandu sebuah Proton X50? Ikuti perkembangan daripada kami untuk maklumat terkini. Buat masa sekarang, anda boleh lihat liputan kami untuk Proton X50 di bawah.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton X50

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Proton X50 Executive 1.5T MPI Review in Malaysia, Get This Instead of the Flagship!

New Comfort & Fuel Saving Tyres for Our Reader's Proton X50, Bridgestone Ecopia H/L 001!

Proton X50 Owners Honest Review of Their X50 & Our Perodua Ativa!!

How to use Android Auto & TikTok on 2020 Proton X50 QD Link, GKUI19 Review & Tutorial

2020 Proton X70 vs Proton X50 Comparison Review in Malaysia, Which Family SUV to Buy?

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton X50
Cek Lebih