window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diintip! Penampakan Proton X50 dengan gril Infinite Weave Proton

Mersita · Jun 16, 2020 04:39 PM

Diintip! Penampakan Proton X50 dengan gril Infinite Weave Proton 01

Kini Malaysia telah lepas dari kekangan pergerakan PKP yang ketat tempoh lalu, dan unit homologasi di Proton pantas mengambil peluang untuk kembali ke lebuhraya. Gambar intipan terbaru Proton X50 yang akan dilancarkan tak lama lagi telah dikesan dipandu uji di lebuhraya dan kali ini SUV tersebut ditonjolkan dengan gril Infinite Weave.

Ini bukanlah pertama kali Proton X50 diintai di atas jalan raya. Bila SUV tersebut membuat penampakan di Malaysia, ia masih ada gril expanding cosmos Geely.

Diintip! Penampakan Proton X50 dengan gril Infinite Weave Proton 02

Spekulasi kami adalah X50 inilah yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia, manakala gambar intipan sebelum ini adalah versi pemanduan-sebelah-kanan Geely Binyue yang dirancang untuk dijual di luar negara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton X50 adalah salah satu model yang paling ditunggu-tunggu untuk pelancaran tahun ini, tapi malangnya, tarikh pelancarannya ditangguhkan gara-gara COVID-19.

Diintip! Penampakan Proton X50 dengan gril Infinite Weave Proton 01

SUV ini besar kemungkinan akan dikuasakan dengan enjin turbocharged 1.5 liter 3 silinder yang menghasilkan 177 PS dan 255 Nm, sama seperti Geely Binyue. Enjinnya pula dipadankan dengan DCT 7 kelajuan.

Ada ura-ura mengatakan yang X50 ini akan didatangkan dengan opsyen enjin turbocharged 1.4 liter juga. Spekulasi bermula apabila Geely Vision S1 (yang tidak akan sampai di Malaysia) dikesan dipandu uji di atas jalan. Kami saspek Proton pada masa itu mungkin mencuba kebolehgunaan enjin 1.4 liter dalam Vision S1 itu di atas kondisi jalan raya Malaysia.

Diintip! Penampakan Proton X50 dengan gril Infinite Weave Proton 02

Khabar angin juga mengatakan yang tempahan rasmi untuk Proton X50 akan bermula pada bulan Julai 2020 dan jika semuanya mengikut perancangan, SUV tersebut akan membuat debut rasminya pada September 2020.

Tapi perlu diingatkan, semua ini hanyalah khabar angin belaka, sama seperti harga Proton X50 yang pernah muncul di laman sosial baru-baru ini.

Sumber: Funtastiko

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda